Khamis, 11 Ogos 2011
FEBIANS – LANG BUANA (1994)
EVA NATASHA
Eva Natasha gadis yang ku puja
Kau bagai bintang kejora mempesona
Pertama kali tersua dengan mu
Kau hanya tunduk membisu
Rambut terurai ke bahu
Ku terpaku
Telah ku cuba untuk menghampiri
Tak terdaya diri ini ku tak mengerti
Akhirnya engkau berlalu di situ
Hanya memandang pada ku
Kau hilang bagai angin lalu
Termangulah aku terkenang peristiwa itu
Menyelubungi jiwa yang tak menentu
Gelora tanpa restu
Tanpa diduga kau muncul semula
Secara tiba-tiba
Dengan bingkisan digenggaman mu
Kau hulur kepada ku
Tanpa ucapan yang ku harapkan hanya bingkisan
Solo
Mengertilah aku kandungan bingkisan itu
Yang menyatakan diri mu telah berpunya
Terkubur semuanya
Apakan daya ku insan biasa
Takdir penentu segala
Akan ku cuba menghadapinya
Walau ribut melanda
Yang pasti kini aku sendiri dan sendiri lagi
Eva Natasha oh indah nama mu
Cinta mu bukan untuk ku
Semoga kau berbahgia
Doa ku untuk mu sentiasa
Lagu: Aziz & Nasha
Lirik: Nasha
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan