Rabu, 3 Oktober 2018

BABA - SHAZANA



SHAZANA

Shazana
Laksana sinar suria
Di pagi hening bercahaya
Bagai lukisan sedih kau riangkan
Dengan tawa senda guruan

Inginku nyatakan padamu
Namun mungkin tak perlu
Kerna pasti nanti
Kau takkan mengerti

Kiranya tak pernah bertemu
Wajahmu tak mungkin ku rindu
Andainya hati kita tak bersua
Pasti mudah lupakan semua

Kerana ku rasa bersalah
Mengambil dirimu darinya
Dia menyintai dengan sepenuh hati
Dengan tulus murni

Kasihmu Shazana
Cintamu Shazana
Untuk dia yang masih menunggu

Kasihmu Shazana
Cintamu Shazana
Bukan untukku

Lagu: Aidit Alfian
Lirik: Aidit Alfian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan