Jumaat, 19 April 2019

NIZAM - YANG TERNODA AKHIRNYA



WAJAH MISTIKAL

Bagai panah menerjah
Tertusuk pedih memilu
Mengalir darah membeku
Di dalam kalbu…

Bagaikan halilintar
Membelahi…
Alam terdiam terpaku
Tiada suara sendu…

Begitu kau memnugkiri
Lafaz cinta yang pertama…
Bersama meredah rimba
Onak dan duri

Dan kini entah di mana
Janji setia…
Curang jua kau di sana
Mengejar bayangan duka

Apa mahumu yang begitu
Lemas dibuai irama syahdu
Harga diri telah tak kau peduli
Apa lagi janji
Hilang tak kembali…

Hampa jua yang ku rasa
Tiada indah bicara
Andai ku tahu begitu
Takkan ku rindu kau selalu

Mahligai impian kau musnahkan
Pelamin diawangan takkan hiraukan
Bulan madu yang ku rindu
Hilang bersama dosamu…

Buatlah apa mahumu
Hingga terlena dalam lesu
Kan ku simpan cinta yang tak
Kesampaian
Hingga akhirnya…

Lagu: Awang B.P.R
Lirik: Boy P.J.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan