BUNGA DIPUJA DIPETIK ORANG – ZAM ZAM
Ingin memetik bunga yang kembang
Untuk hiasan dalam jambangan
Apakah daya nasib ku malang
Bunga ku puja dipetik orang
Namun ku takkan putus asa
Banyak mekar di dalam taman
Walau seribu tahun tak apa
Asalkan kembang jadi idaman
* Sungguh kasihan bunga bermadu
Ditinggal kumbang sesudah layu
Apakah ini suratan diri mu sayang
Setelah layu tiada yang mahu
** Dari itu ingatlah bunga
Jaga diri mu jagalah nama
Agar kamu tidak dipersia
Oleh sang kumbang yang durjana
Ulang * dan **
Lagu: S.A. Vinton
Lirik: Juriah Rahmat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan