Jumaat, 29 November 2019

SALOMA - AIRMATA DI KUALA LUMPUR



AIRMATA DI KUALA LUMPUR

Airmata di Kuala Lumpur
Jatuh berderai hati ku hancur
Aku menangis tidak terhingga
Putus kasih yang tak ku duga
Dikau pergi tak tinggal pesan


Hancur musnah impian mulia
Istana ku bina menjadi pusara
Gelaplah pasti masa hadapan
Jiwa ku merayau utara dan selatan

Hidup sudah tiada bererti
Zahir ku hidup hai batin ku mati
Remuk redam hati ku hancur
Airmata di Kuala Lumpur

Hidup sudah tiada bererti
Zahir ku hidup hai batin ku mati
Remuk redam hati ku hancur
Airmata di Kuala Lumpur

Tiada ulasan:

Catat Ulasan