Jumaat, 15 Mei 2020

OS - HARUBIRU BLUES



HARUBIRU BLUES

* Jalan-jalan hujung minggu
Ingin jumpa awek baru
Rambut kuning baju kelabu
Nama Marie tentu jambu
Anak mat saleh makwe ku

Kaki mula menapak
Mula pasang angan-angan
Nak jumpa gadis itu
Depan jel Jalan Pudu
Janji jumpa pukul Satu

Tiba di sana ku pun bertanya
Where are we going to
I'm not mat saleh tapi melayu
Kacau, kacau, kacau dibuatnya

Kalau ia kamu melayu
Kenapa rambut kuning begitu
Sambil tersengih dia menjawap
Ini trend fesyen baru
Ini trend rambut blues

Ulang *

Tiba di sana ku pun bertanya
Where are we going to
I'm not mat saleh tapi melayu
Kacau, kacau, kacau jadi haru

Kalau ia kamu melayu
Kenapa rambut kuning begitu
Penyakit apa yang terkena
Beritahu dengan segera
Ku risau syot di kepala
Ku risau syot di kepala
Ku risau syot di kepala

Haru... dibuatnya

Lagu: Afzainizam Ismail
Lirik: Os

Khamis, 30 April 2020

RAZA - ZAPIN MERAJUK



ZAPIN MERAJUK

Apa diharap, apa diharap
Padi seberang
Entah berisi, entah berisi
Entahkan tidak

Apa diharap kasihnya orang
Kasihnya orang
Entahkan sudi, entahkan sudi
Entahkan tidak

Lagu zapin merajuk
Irama memujuk
Hati siapa yang keresahan
Lagu zapin merajuk
Hati siapa yang keresahan

Apa ditangguk dalam perigi
Dalam perigi
Rosaklah daun, rosaklah daun
Pucuk pegaga

* Apa dirajuk, apa dirajuk
Pada yang pergi
Lambatlah laun, lambatlah laun
Kembali juga

** Lagu zapin merajuk
Irama memujuk
Hati siapa yang keresahan

*** Air ku minum, air ku minum
Terasa pahit
Nasi ku suap, nasi ku suap
Tidaklah kenyang

**** Dunia bagi ku, dunia bagi ku
Semakin sempit
Hanya mengenang, hanya mengenang
Engkau seorang

Ulang * hingga ****

Lagu zapin merajuk
Irama memujuk
Hati siapa yang keresahan

Lagu: Shah Effendi/ Rosli
Lirik: Shah Effendi/ Rosli

Selasa, 24 Mac 2020

NOORSHILA - AKU SUDAH JATUH CINTA (KALAU ADA UMUR PANJANG)



AKU SUDAH JATUH CINTA (KALAU ADA UMUR PANJANG)

Layang-layang terbang melayang
Terbang melayang di tengah padang
Ingin aku hiburkan
Hiburkan hati mu sayang
Kalau ikut rasa hati
Ingin aku bawa pulang

* Gendang-gendut bunyinya gendang
Di hari ini kita berdendang
Ingin aku sampaikan
Salam penuh kasih sayang
Mesra ikatan di hati akan ku kenang

** Kalau ada sawah bendang
Bolehlah menuai padi
Kalau ada umur panjang
Boleh kita jumpa lagi

*** Da da di di du di da da di
Terima kasih daun keladi
Da da di di du di da da di
Aku sudah jatuh hati

Ulang * hingga ***

Lagu: A. Ali
Lirik: Juwie