Ahad, 17 April 2011
BLACK – OBSESI (2011)
SOFEA JANE
Kau ibarat permata
Di dalam hiasan kaca
Yang tak bisa
Disentuh namun
Hanya boleh dipandang
Ingin sekali ku sentuh
Ingin jua ku miliki
* Kau selalu membuat hati ku
Merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti
** Kini telah ku sedari
Mimpi ku tak bererti
Sendiri
*** Seandai kau tahu
Apa yang ku mahu
Mahukan diri mu
Tuk mendekati ku
Dan aku tak bisa
Memaksa diri mu
Walau dalam tidur
Ku kan menanti mu
Hingga akhir nanti
Ulang * hingga ***
Ulang ***
Lagu: Iswandy/ Sham Kamikaze
Lirik: Iswandy/ Farril
FAIZAL TAHIR – ADRENALIN (2009)
SELAMAT MALAM
Biarkan berlalu
Semua kepedihan mu
Lelapkan mata mu
Biarkan mimpi membawa mu
Ke mana kau mahu
* Selamat malam
Tidurlah sayang ku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untuk mu
Biarkan berlabuh
Tirai kisah semalam
Yang indah itu ada pada mu
Dengan setiap impian dan harapan
Ulang *
Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpi mu
Kan ku panah tepat ke jiwa mu atas nama cinta ku oh...
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua airmata dengan senyuman oh...
Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang oh...
Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang...
Oh...
Ulang *
Selamat malam
Tidurlah sayang ku
Lagu: Audi Mok/ Faizal Tahir
Lirik: Audi Mok/ Faizal Tahir
SENARIO – SENARIO 3 (2000)
CEPAT KAYA
* Dikata-dikata
Kata boleh untung berjuta
Tiba masa bergaya
Dicuba-dicuba
Tak perlu banyak kerja
Ini niaga pasti cepat kaya
Cepat isi borang
Jangan sampai petang
Wang anda tak akan terbang melayang
Cepat cari orang
Panggil adik abang
Nanti kita banyak wang
Pemuda-pemudi pun boleh ikut sama
Pintu sentiasa terbuka
Diikat-diikat biar sampai dapat
Nanti untung aku yang sebat ha... ha... ha...
Jangan potong orang
Itu kerja senang
Jangan sampai kena serang-menyerang
Baru dapat orang belum dapat wang
Dah pandai nak tunjuk belang
*** Puas dah nak naik pangkat
Badan kini dah naik penat
Sampai cakap pun dah tak larat
Seorang pun tak masuk jerat
Puaslah sudah
Aku pujuk-pujuk dia
Naik kering anak tekak
Tapi dia tak masuk juga... hai! letih
**** Al-kisah nak jadi kaya raya
Nak mengejar wang berjuta-juta
Modalnya alahai senang saja
Cuma hanya nak cari mangsa
Kerja tak tentu masa
Niat di hati nak bantu bangsa
Pimpin isteri dukung anak
Mesyuarat merata-rata
***** Apalah nasib hai! si tulang empat kerat
Dikejar-kejar tak dapat
Tak dikejar kita merempat
Ulang ****
Ulang * dan ***
Ulang ***** dan ****
Umpan dah tak mengena
Kini masa nak guna jala
Tapi sayang masa tak kena
Sendiri terjerat jala
Apalah nasib hai! si tulang empat kerat
Dalam penjara merempat
Akibat nak kaya cepat
Ulang ****
Ulang ****
Lagu: Azmeer
Lirik: Wahid, Azlee, Zira
Khamis, 14 April 2011
SENARIO – LAGI LAGI SENARIO SOUNDTRACK (2001)
CARI TAPAK
Marilah kita bersama
Berjalan-jalan di kota
Dengan siapa
Tentu kita berlima
Ah! bosannya
Kenapa pula
Tak ada wanita
Ah! ikut saja
Kini kita sudah tiba
Tiba di mana
Tiba di kota
Oh! dah sampai ya!
Bangun segera
Janganlah lupa
Beg yang ada
La... la... la... la...
Kita bawa bersama
Sekali ku pandang
Dia tersenyum riang mana-mana?
Dua kali ku pandang
Tak nampak macam orang
* Jangan difikirkan orang
Nanti peluang kita hilang
Kita tinggal duit tambang
Untuk kita balik pulang ha...
** Wahai teman ku apa ditunggu
Tunaikan dulu kewajipan mu
Ingat dahulu janji-janji mu
Warung kopi, nasi lemak, roti bakar
Roti canai cari tapak ha...
*** Di mana tapak bila nak buka
Bukan di Setapak mungkin di Gombak
Dah sampai Karak bila nak letak
Kerusi meja pinggan mangkuk
Piring cawan periuk belanga
Warung sekolah ha...
Ulang * hingga ***
Sekarang kita dah berjaya
Cita-cita kita
Nak buka cawangan pula
Sampai bekerja
Cari saja pekerja
Jaga warung kita
Kita jumpa ibu bapa
La... la... la... la...
Kita juga berniaga ha...
Ulang * hingga ***
Warung kopi, nasi lemak, roti bakar
Roti canai cari tapak ha...
Ulang ***
Teh O Beng Sir!
Kurang manis deh!
Lagu: Azmeer
Lirik: Zira, Wahid & Azlee
SENARIO – SENARIO THE MOVIE SOUNDTRACK
BORIA MISKIN KAYA
* Assalammualaikum kami ucapkan
Kepada semua rakan-rakan dan taulan
Boria miskin kaya kami persembahkan
Mari dengar jangan malu jangan segan
Ulang *
Ewahh...
Hari-hari aku goreng nasi ikan bilis
Sebulan sekali makan daging masak kari
Hari-hari aku makan pizza dan sphageti
Sampai tengok nasik pun dah tak lalu lagi
Miskin atau kaya sementara saja ewahh...
Harta bukan boleh beli tiket masuk syurga
Miskin atau kaya ahai sama saja
Lebih besar periuk hai lebih banyak keraknya ewahh...
** Negara kita takda yang papa kedana
Tapi ramai yang pura-pura miskin hina
Itu muslihat untuk menipu yang kaya
Bila mati silakan masuk neraka jahanam
Ulang **
padan muka... padan muka
Yang berharta berlumba nak jadi lebih kaya
Bila saham jatuh jadi muflis bertauliah
Kalau berharta ramai mengaku saudara
Bila dah muflis saudara entah ke mana
Miskin atau kaya sementara saja a la la ewahh
Harta bukan boleh beli tiket masuk syurga aha lah
Miskin atau kaya ahai sama saja ye ke
Lebih besar periuk hai lebih banyak keraknya...
Miskin atau kaya sementara saja
Harta bukan boleh beli tiket masuk syurga mana ada
Miskin atau kaya ahai sama saja
Lebih besar periuk hai lebih banyak keraknya
Miskin atau kaya sementara saja
Harta bukan boleh beli tiket masuk syurga...
gila ka apa
Lagu: Azmeer
Lirik: Azmeer
Rabu, 13 April 2011
Isnin, 11 April 2011
RIMA RASHIDI – KASIH KU (1993)
KASIH KU
Berkali mengulangi
Lagu cenderamata mu
Dalam sepi
* Hingga rasa sebati
Bergelora nafas rindu
Bagai anak
** Ronta mula meronta
Terpandang segala baru
Di kantanya
*** Hanya sanggup
Meluahkan
Pergolakan yang berlaku
Dengan tangisan
Hanya sanggup
Merakamkan
Peristiwa yang berlalu
Dalam genangan kenang
**** Yang tak mungkin akan ketemu
Perbendaharaan kalimah
Biar ke segenap penjuru
Kembali ke titik
Langkah yang pertama
Untuk menyatakan kasih ku
Pada mu...
Ulang * hingga ****
Ulang **** sampai habis
Lagu: M. Nasir
Lirik: Nurbisa
RIMA RASHIDI – ENGKAU YANG PERTAMA (1992)
KASIH BERBUNGA LALANG
Indah pesona asmara
Kasih yang berapi menjadi duka
Tinggal hanyalah kenangan
Sepi bersendiri di kamar rindu
Cinta mu di mana paksinya
Janji mu di mana kotanya
Salah siapa
Bulan pun makin berkaca
Retak pun menanti pecah berderai
Salam berwajahkan dusta
Tidak lagi murni seperti dulu
Hasrat yang membara terpadam
Kejujuran cinta bersulam
Duri berbisa
Rela ku semadikan
Segala kenangan silam
Bertahta di hati
Tak lagi cinta mu
* Sukma luka berdarah
Rebah dipangkuan mimpi
Pabila kasih mu
Hanya berbunga lalang
** Meronta jiwa ku
Dalam keresahan
Berjuta bayang mu
Mengapa menghalang
Langkah ku...
Ulang * dan **
Kilau mahkota cinta mu
Di hati ku ini
Retak beribu
Lagu: Siso Kopratasa
Lirik: Siso Kopratasa
SENSASI – ASMARA DUA BENUA (1990)
ASMARA DUA BENUA
Setibanya aku di sini
Di taman mu sungguh terasing
Ku lihat bungaan
Yang berlainan
Warna dan keharuman
Segala telah ditakdirkan
Hati ku terpaut pada mu
Biar pun beribu datang menghalang
Engkau tetap ku cinta
* Tidak ku kesalkan pertemuan
Biarpun perbezaan menghalang
Demi cinta kita yang suci
Marilah kita buktikan kekasih
** Lambang cinta ini
Akan menjadi
Penyambung benua
Yang terpisah
Kerana adat
Yang berbeza
*** Taman yang terbina
Akan mengharum
Dan berlabuh cinta
Tika asmara
Berlayar tiba
Dua benua
Solo
Ulang * hingga ***
Asmara cinta
Dua benua...
Lagu: Azam Dungun
Lirik: Azida N.S.
Kredit to Mr. Izam
RAMLI SARIP – PERJALANAN HIDUP (1987)
PERJALANAN HIDUP
Aku yang masih di perjalanan hidup ini
Begitu lama berlegar di persimpangan dunia
Menempuh jarak dan titian
Rimba dan lautan
Mencari sesuatu yang abadi
Aku yang masih di perhentian hidup ini
Begitu jauh mengembara ke serata dunia
Mengejar siang dan malam
Surut dan pasang
Mencari suatu kebebasan
Mencari sesuatu kedamaian
* Di mana berakhirnya
Perjalanan ku ini
Esok dan lusa bukan milik ku
Oh tuhan ku
Lindungilah hamba mu yang hina ini
Aku setia hanya pada mu
Oh tuhan ku
Ulang *
Aku setia hanya pada mu
Aku setia hanya pada mu...
Lagu: Dr. Wan Zawawi Ibrahim
Lirik: Dr. Wan Zawawi Ibrahim
MEDITASI – REALISMA (1992)
TAKDIR MENANTI
Kita bertemu di jalanan suratan
Pasti tidak kau terdaya akhir di mana
Sehayat ku berkelana dengan mu
Dan relalah begini selamanya
Lalu kau bisikkan pada ku setia
Bersinar cahaya itu kita berdua
Terasa dugaan menimpa tiada
Menjenguk kita walaupun berpisah
Dan kita berlayar bersama
Menuju cita
Di lautan kasih
Tiba ribut melanda
Tiada hentinya
Berpisah jua kita
Di sini takdir menanti
* Usahlah kau sesali
Cinta kita terhenti
Dan di sini
Kita tak berdaya
** Korbankanlah rindu mu
Pasti aku terharu
Takdir ini
Kau merelakannya
Solo
Adakala cahaya terang
Akan jadi bahang
Kita kepanasan
Selama salji tiba
Rasa kedinginan
Begitulah cinta ini
Satu ketentuan
Ulang * dan ** sampai habis
Lagu: Meran
Lirik: Zurain
Jumaat, 8 April 2011
HASLINDA – SEBENING CINTA (1997)
SEHATI DAN SEJIWA
Kita memang dijodohkan bersama
Sehati serta sejiwa
Walau esok atau akhir nanti
Kita telah ditakdirkan bersama-sama
Wahai kekasih
Bersabarlah menempuhi dugaan
Kita sedaya telah berusaha untuk berdua
Tapi selagi ada jurang terpisah
Impiankan musnah
Kita masih ada cara untuk leraikannya
* Kita jatuh cinta bukan kerna paras rupa
Atau harta benda yang diidami manusia
Seharusnya kita bersyukur kepada Tuhan
Kerna mengecapi bahagia selagi hayat ada
** Hanya engkau kekasih ku
Hanya aku kekasih mu
Dengan satu rasa dalam dua jiwa
Kita ditakdir bersama
Ulang * dan **
Ulang ** sampai habis
Lagu: LY
Lirik: Baiduri
Isnin, 4 April 2011
Jumaat, 1 April 2011
SERASI – ERAT MENCENGKAM (1996)
SAAT KU TERLANTAR DERITA
Walaupun di mana dikau berada sayang
Cubalah kau dengarkan keluhan hati ku
Bukan ku merayu atau pinta simpati mu
Tetapi sekadar menyedarkan diri mu
Dulu kata mu kau pernah dikecewakan
Lalu kau sandarkan duka mu di bahu ku
Aku pun cuba membalut luka di hati mu
Sehingga hidup mu bahagia
Selepas itu kau berubah
Diri ku ini tak lagi kau perlukan
Semudah itu kau lontarkan aku
Lupakah kau pengorbanan ku
Oh... oh...
* Dulu akulah yang menyapu
Airmata yang berderai di pipi mu
Kini bila aku pula kau lukai
Tiada siapa yang merawat hati ku ini
** Saat ku terlontar derita
Ku terima khabar tentang oh diri mu
Kau sedang bahgia dengan si dia
Bertambah hancur dan berkecai hati ku ini
Solo
Ulang * dan **
Sudah menjadi resam di dunia ini
Kita hanya disayangi bila diperlukan
Begitu kisah yang terjadi pada ku
Maafkan aku kiranya kau terasa
Maafkan aku kiranya kau terasa
Maafkan aku kiranya kau terasa
Lagu: Lan Laga
Lirik: Juwie
RAMLI SARIP DAN KHADIJAH IBRAHIM – LAGU ZAMAN (1992)
LAGU ZAMAN - DUET BERSAMA S.M. SALIM
Bagai sireh pulang
Dalam gagang seri cemerlang
Bukanlah sebarang
Siapa jua boleh menyanyikan
* Hamba pun menumpang
Sama menyanyikan
Lagu zaman
Yang berzaman
Lagu lama
Dengan rasa
Cara kita
Orang timur
** Tak mengapa
Asal suka
Budaya kita
*** Maafkanlah hamba
Andai ada
Terkurang adatnya
Begini suara
Hasrat hati
Ingin bersama
**** Hamba mengerti
Hasrat yang murni
Kayakan lagi
Adat sendiri
Ulang * hingga ****
Lagu: Ramli Sarip
Lirik: Bob
RICHIE RICARDO – MALAM TANPA MIMPI (1983)
MAHER ZAIN – THANK YOU ALLAH [PLATINUM EDITION] (2011)
INSHA ALLAH
Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian, tiada pembela
Segalanya suram, bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersama mu
* Insha Allah
Insha Allah
Insha Allah
Ada jalannya
Insha Allah
Insha Allah
Insha Allah
Ada jalannya
Andainya dosa mu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiran mu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersama mu
Ulang *
Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin pada Nya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Ulang * sampai habis
Lagu: Maher Zain
Lirik: Frizdan
BUNKFACE – PHOBIA PHONEY (2010)
SITUASI
Diskriminasi menjatuhkan aku
Reputasi kini menjadi bisu
Dan aku, ku layu oh... oh... oh...
Di situ
Mengharapkan sesuatu yang baru
Itulah impian aku
* Dan bila kau menghilang
Musnahlah, musnah impian
Tuk menggapai bintang
Terangi hidup ku
Ku mahu kau tahu
Engkaulah, destinasi ku
Dalam ingatan ku oh... oh... oh...
Kerna diri ini tak daya lagi
Menempuh hidup yang ku temui
Dan aku, ku tunggu oh... oh... oh...
Di situ
Mengharapkan sesuatu yang baru
Itulah impian aku
Ulang *
Ulang *
Ulang *
Lagu: Sam Bunkface
Lirik: Sam, Paan & Youk
AIDA ABDULL – HALUAN CINTA (1991)
DOA SI BUTA
Bertiupnya angin malam
Membisikkan kata mesra
Terasa daku kedinginannya
Itulah lumrahnya alam
Malam siang pasti berlalu
Dunia ku sama saja
Gelap gelita perkara biasa
Begitu hidup si buta
* Seorang diri
Daku mencari
Ketenangan jiwa
Sering berharap
Tuhan Yang Maha Esa
Berikan cahaya
Itulah ku pintakan
Itulah ku doakan selalu
Ulang *
Walau hidup ku derita
Cekal terima
Apa jua rintangan
Kini muncul menjelma
Begitulah hidup ku
Mencari kebahagiaan
Ciptaan Yang Maha Esa
Agar tercapai cita ku
Lagu: Calvin Chelliah
Lirik: Cahaya Pena
Langgan:
Catatan (Atom)