Selasa, 31 Julai 2012
BEN NATHAN - UCAPAN TAK SEINDAH SAYANG (1989)
UCAPAN TAK SEINDAH SAYANG
Dinginnya air di perigi
Sedingin cinta yang kau beri
Kau gubah irama cinta ku
Menjadi alunan misteri
Nun jauh di sudut hati ku
Berhimpun resah dan rindu ku
Adakah dapat kau fahami
Ataupun kau biarkan begitu
* Ucapan tak seindah sayang
Gurauan tak semesra dulu
Igauan menjadi satu kenyataan
Hadirnya engkau disisi ku
Haruskah begini
Apakan terjadi
Diri ku...
** Adakah ini suratannya
Diri ku yang dilamun duka
Ku cari apakah silap ku
Semoga tak berulang lagi
Ulang * dan **
Semoga tak berulang lagi...
Semoga tak berulang lagi...
Lagu: Ally Noor
Lirik: Azida N.S.
Isnin, 30 Julai 2012
AZMEER - AZMEER (1993)
ZURIAT CINTA
Di mana mula
Zuriat cinta
Yang aku bina sezaman usia
Tiada akhirnya
Sendu sukukatanya
Ku kelu lidah entah mengapa
Di mana mula
Zuriat cinta
Yang aku bina sezaman usia
Tiada akhirnya
Menjadi tanda tanya
Zuriat cinta
Entah di mana
* Di mercu asmara bercinta
Seperti syurga jadi nyata
Tiada yang dapat memisah
Sentuhan... jejari kita bersatu
Oh... cinta kita bersatu
** Tuhan jangan pisahkan cinta
Restu mu aku pasrah
Di mimbar ku berserah
Tuhan jangan pudarkan cahaya
Yang menyinari cinta
Suci kita berdua
Cinta kita bersatu oh...
Jejari kita bersatu oh...
Cinta kita bersatu oh...
Jejari kita bersatu oh...
Ulang * dan **
Jejari kita bersatu oh...
Cinta kita bersatu oh...
Jejari kita bersatu oh...
Di mana mula
Zuriat cinta
Yang aku bina sezaman usia
Lagu: Azmira
Lirik: Azmira
ARON - ARON (1994)
SIAPA MENANTI MU
Kau tahu ku sayang pada mu
Tapi mengapa kau membenci
Apa lagi yang engkau mahukan
Kasih ku sudah ku buktikan
Kau tahu aku menyintai mu
Tapi mengapa kau abaikan
Diri ku tanpa perhatian
Tentunya ada sesuatu
* Andainya aku menyusahkan
Harap maafkan diri ku
Aku sedari perubahan
Kau tak perlukan ku lagi
** Oh siapakah yang menanti mu
Hancur hati ku
Terima kasih ku ucapkan
Di atas segalanya
Ulang * dan **
*** Susah dan payah ku selama ini
Tuhan yang tahu
Tapi bila kau dah senang
Terus kau melupakan ku
Tak mengapa sayang
Biar ku mengalah
Demi kebahagiaan mu
Andainya ku tiada lagi
Pandailah kau membawa diri
Diri ku umpama tempat berteduh
Sewaktu engkau perlukan ku
Kau anggap aku kekasih
Tapi cuma sementara
Ulang ** dan ***
Lagu: Jeff Roadcats
Lirik: Juwie
Ahad, 29 Julai 2012
AHMAD JAIS DAN M. SHARIFF - MUZIK SEPANJANG ZAMAN (1984)
SERAUT WAJAH - AHMAD JAIS
Beri sekadar harapan jiwa
Untuk ku yang mengharapkan
Mengharap belai kasih dan sayang
Pengisi jiwa nan hampa
* Jiwa ku kini terasa sunyi
Sejak sekilas ku jumpa
Tak mungkin hilang masih berkesan
Seraut wajah purnama
** Betapa terasa kecewa
Sampai tiada khabar berita
*** Sampai hati dikau kiranya
Membiarkan hati ku luka
Luka ku kini bertambah parah
Sampai kini masih berdarah
Berilah sekadar harapan
Ulang *
Ulang ** dan ***
Ulang *
(M. Faris)
EZAI - IMPIAN (1994)
SANGKAR HARAPAN
Kini ku puja
Hanya bayang-bayang mu
Kerna diri mu
Telah lama pergi
Betapa ku derita dan merana
Kehilangan kasih mu
Oh... ibu
Yang aku rindu
Apalah malang
Yang datang menimpa
Suratan takdir
Tiada terhalang
Hadirnya pengganti mu
Di sisi ayah
Kini diri ku bagai terbuang
* Titisan hujan
Bagaikan mengerti
Deruan ombak pun menyepi
Ku sedar siapakah diri ini
Terasing dalam sangkar harapan
** Aku pilu kesedihan
Dan menangis sendirian
Ku meratap pemergian
Dan merintih kerinduan
*** Kini ku puja
Hanya bayang-bayang mu
Kerna diri mu
Telah lama pergi
Betapa ku derita dan merana
Kehilangan kasih mu
Oh... ibu
Ulang * dan **
Ulang ***
Lagu: Adri Norzaidi
Lirik: Noor
ALLEYCATS - SAMPAIKAN SALAM (1986)
SAMPAIKAN SALAM CINTAKU
* Sampaikanlah salam
Cinta ku padanya
Walaupun terluka
Namun ku merindu
Kerana cinta ku
Tiada akhirnya
Walaupun kau telah menghancurkan
** Sampaikanlah salam
Cinta ku padanya
Walaupun sengsara
Namun ku masih sayang
Kerana cinta ku
Mewangi dan harum
Walau tercampak dimana jua
*** Andai ku tiada
Andai ku pejam mata
Biar ku abadi
Cinta yang setia ini
Biar pun kau jauh
Sambutlah salam ku
Kerana aku masih menyayangi
Tidak pernah aku membenci... diri mu
Ulang *
Ulang ***
Ulang **
Walau tercampak dimana jua...
Lagu: A. Ali
Lirik: Juwie
JAMAL - JAMAL (1991)
KEKASIH AWAL DAN AKHIR
Malam menanti siang
Siang menanti malam
Bagai berkurun lamanya
Masa memisahkan kita
Hingga ku terlupa
Pada paras lupa
Malam mencari mimpi
Siang mencari erti
Tersingkap seribu makna
Terucap seribu kata
Terkupaslah rahsia
* Sekian lama berpisah
Akhirnya bertemu
Mengenang dosa
Mengenang rindu
Dan ternyatalah
Cintaku yang satu
Oh... oh...
** Kau kekasih awal dan akhir
Kau kekasih batin dan zahir
Setelah ku sedari
Cintamu yang abadi
*** Takku hairan takku peduli
Walau bulan jatuh ke bumi
Dan hadir bidadari
Tak ku mimpikan lagi
**** Kerana kau lebih mengerti
Ulang * hingga ****
Kerana kau lebih ku kasihi
Lagu: Fauzi Marzuki
Lirik: S. Amin Shahab
NIZAM - SEGENGGAM HARAPAN (1991)
RETAK SEJUTA JANJI
Apakah erti cinta yang kau agungkan
Sedangkan kau sering memungkiri
Setelah kau tahu tak punya apa
Sekadar cinta suci
Bukannya seribu bukan sejuta
Kasih ku tiada ukurannya
Sesekali aku memberi
Ku genggam sehingga akhir hayat ku
Kemarau kasih mu pada ku
Semakin membara
Bagaikan pendita kehabisan tintanya
Cuma titis keringat meneruskan pena ku
Walaupun kabur dipandangan
Demi cinta ku rela
Sampaikah hati mu oh sayang
Kau musnahkan harapan ku
Gugur satu persatu
Segala janji mu
Yang kau berikan
Oh...
Tinggallah kenangan abadi
Walau retak sejuta
Janji yang berbunga
Untuk ku himpunkan
Dalam memori hidup ku
Bukannya seribu bukan sejuta
Ku genggam sehingga akhir hayat ku
Sehingga akhir hayat ku...
Lagu: Aris Ariwatan
Lirik: Azam Dungun
Rabu, 25 Julai 2012
KOOL - ARAH (1998)
SATU ARAH
Di batas permulaan
Kita ditemukan
Mendaki puncak tinggi
Dan bersama kita meniti
* Ke lembah sama dituruni
Dengan satu hati
Suka dan duka ditempuhi
Tanpa rasa sangsi
** Ke satu arah bergandingan
Antara kau dan aku
Seiring langkah sehaluan
Ke garis perhentian
Bersama mengenali
Hati dan nurani
Kasih sayang sesama
Di laman sejahtera
Jiwa merasa bahagia
Di saat bersama
Dalam sebuah perjalanan
Memburu impian
Ulang ** 2x
*** Mari kita sama-sama bergandingan
Peluk tubuh itu bukannya alasan
Kau dan aku sama-sama memerlukan
Ke satu arah kita sama meraikan
Ulang * dan **
Ulang **
Ulang *** 2x
Lagu: Zuriani
Lirik: Amran Omar/ Hairee
LAKSAMANA - SYUKUR (1991)
GUGURNYA BUNGA CINTA
* Izinkan aku sayang
Menyentuh perasaanmu
Biar gelora cinta semalam
** Izinkan aku sayang
Merinduimu selalu
Biar bergetar nalurimu
*** Walau berkali kau membenci
Cinta ku takkan hilang
Himpunkan semua kemaafan
Dengarkan
Oh... rintihan
**** Andainya kau pergi
Gugurlah bunga cinta
Terpadam mentari
Yang menyinar
Oh... oh...
***** Pulanglah
Oh... sayang
Kau ku nanti penuh pasti
Rintihan kecundang
Untukmu
Oh... sayang
Solo
Ulang * hingga *****
Oh... oh... oh... pulanglah sayang (ulang sampai habis)
Lagu: Ismail Ahmad Nawab
Lirik: Nizam Arjuna
MENARA - MITOLOGY (1991)
SAYANG
* Sayang
Secebis kenangan
Cinta
Yang menggegar dada
Sayang
Ianya berakhir
Dengan titisan airmata
Bara
Yang menyentuh rasa
Bahang
Yang masih terasa
Sayang
Yang ku impikan
Kini ditelan debu sepi
** Betapa sakitnya hati ku ini
Ketika kau melangkah pergi
Serasa ku
Hanyalah umpama
Segenggam garam di lautan
Yang tiada harga
Yang begitu hina
Kini
Ulang *
Solo
Ulang **
Ulang *
Lagu: Azimah
Lirik: Azimah
Selasa, 24 Julai 2012
AMELINA - AMELINA (1994)
RINDU
* Sungguh ku tak mampu
Menahan rindu
Ah... ah...
Pabila diri ku jauh dari mu
Ah... ah... ah...
** Membalut di dalam kalbu
Berjuta rindu
Fikiran jadi tak tentu
Kerana kamu
*** Siang malam terbayang-bayang
Fikiran melayang-layang
Khayalkan diri mu seorang
Oh sayang
Ulang * hingga ***
**** Sungguh ku tak mampu
Menahan rindu
Ah... ah...
Pabila diri ku jauh dari mu
Ulang * hingga ***
Ulang * hingga ***
Ulang ****
Lagu: Darwis
Lirik: Darwis
Khamis, 19 Julai 2012
KHAIROOL IDLAN - KEMUNGKINAN (1988)
AKU YANG KAU PANGGIL SAYANG
Aku yang kau panggil sayang
Ingin menghampiri masa-masa silam
Engkau yang ku panggil sayang
Pernah meneroka hati ini
Detik kemanisan pun berlalu
Kemanakah janji mu yang suci
Aku yang kau panggil sayang
Ingin ku mengutip sisa-sisa cinta
Engkau yang ku panggil sayang
Menapak ke hala persimpangan
Tanpa meninggalkan kata-kata
Bila kaukan kembali lagi
* Seraut wajah sering ku usap
Dalam mimpi kita pun bersenda
Siang ku menyebut mu
Di malam sunyi ku digoda rindu
Oh...
** Aku yang kau panggil sayang
Dalam kegelapan ku mencari kasih
Engkau yang ku panggil sayang
Mungkin kali ini kehilangan
Berikan daku saat terakhir
Mengusap muka mu oh sayang
Ulang * dan **
Lagu: Afzainizam Ismail
Lirik: Azimah
NIKE ARDILLA - DURI TERLINDUNG (1994)
DURI TERLINDUNG
Mempunyai seorang teman seperti mu
Seumpama duri menikam hati biar serupa
Hakekatnya berbeda hilang kejujuran
Sering kau ucapkan sewaktu dulu
Pemikiran kita yang seiring bertentangan
Menjadikan hidup tak sehaluan
Jalan akhirnya adalah perpisahan
Yang akan dapat memberi suatu kesan yang dalam
* Di dalam kebahagiaan ku hilanglah dosa
Ku hindari diri dan hati mu yang simpati
Dengan apa sudah kau lalui
** Sementara ada orang tua ku
Aku bersama doa yang tak henti
Agar kau sadar hindari mimpi
Yang tiada menjadi pasti
Ulang * dan **
Aku menjadikan diri
Satu kenangan paling hitam
Yang tak mungkin aku lupakan
Walau dimana kau berada
Yang tak mungkin aku lupakan
Dimana kau berada...
Lagu: Saari Amri
Lirik: Lukhman S
Rabu, 18 Julai 2012
TATTY - JANGAN BIARKAN HATI KU MENANGIS
JANGAN BIARKAN HATI KU MENANGIS
Dengarkanlah bisikan hati ku
Yang menangis kerna kepiluan
Sejak kau pergi bersama mimpi
Musnahlah segalanya
* Mengapakah aku yang kau singkirkan
Bersemadi dalam derita
Sampai hati mu membiarkan diri ku
Yang terhumban ke dalam rindu
** Mengapakah aku yang kau sakiti
Sedang cinta kita masih menyayangi
Sanggupkah kau membiarkan ku
Dalam derita... dalam kecewa...
*** Dimanakah letaknya kemanisan cinta mu
Kalau hanya aku yang merasakan
Katakan sayang keikhlasan hati mu
Mengapa aku yang kau lukai...?
Ulang * hingga ***
Lagu: Faisal Aziz
Lirik: Faisal Aziz
AZHARUZZAMAN - MALAM GELISAH
MALAM GELISAH
Selepas terbenamnya matahari
Tirai malam berlabuh
Seombak rindu yang bergelora
Meresah kalbu
Kesepian menganggu perasaan
Tidak lena tidur ku
Terbayang aku wajah kekasih
Yang amat ku rindu
* Disepanjang malam aku gelisah
Tanpa engkau di sisi
Disepanjang malam aku gelisah
Mengingati diri mu
** Sampai bila resah ku berakhir
Menyeksa diri
Sampai bila mesti ku menunggu
Oh... kekasih ku
*** Bukan aku meminta perpisahan
Keadaan memaksa
Semakin lamanya tak bertemu
Semakin ku rindu
Ulang * hingga ***
Lagu: Ahmad Nawab
Lirik: Juwie
SHIDEE - JASA MU DIKENANG VOL. 2 (1990)
SEPANJANG RIWAYAT KU
* Sepanjang riwayat ku
Tak pernah kini riang
Hati ku gelap dulu
Kini bercahaya
** Oh.... subuh telah menghilang
Tak perlu ku bimbang
Itulah akibat sabar
Yang dulu kan bertukar
Ku pohon pada mu tuhan
Cinta ku berkekalan
Dahulu ku menangis
Mengenang nasib badan
Kalau pun ku berteman
Tak siapa yang hiraukan
Oh... hati ku telah hancur
Tak dapat ku hibur
Ku tempoh segala dugaan
Ketawa kemudian
Kekasih menyelamatkan
Daripada kehancuran
Ulang * dan **
Berkekalan...
(Allahyarham P. Ramlee)
SHIDEE - JASA MU DIKENANG (1988)
SENJAKALA
Senjakala sudah tiba
Membawa ku rasa duka
Dalam jiwa bergelora
Senjakala kau menjelma
Menghampiri waktu sunyi
Dalam air tiada terperi
* Ku teringat peristiwa
Kasih suci disambar petir
Ingin aku merindui
** Senjakala kau pergilah
Tinggalkan ku yang kecewa
Biar derita menanti ajal
Ulang * dan **
(Allahyarham P. Ramlee)
Jumaat, 13 Julai 2012
LYANA - HATI KE HATI (1989)
HANGATNYA CINTA
* Sering aku merindu
Rindu pada diri mu
Sering aku teringat
Teringatkan diri mu
** Walau waktu berlalu kau masih di hati
Sentiasa wajah mu bermain di mata
Betapa indahnya cinta engkau dan aku
Tak mungkin ku lupakan
*** Engkau masih ku sayang
Sayang seperti dulu
Cinta mu di hati ku
Masih seharum dulu
**** Bersama kita rasa suka dukanya bercinta
Sedang hangatnya cinta kita pun berjanji setia
Di antara kita tidak rela berpisah
Demi kerana cinta
***** Apa pun terjadi
Kau tetap ku cinta
Kerana cinta mu abadi di hati ku
Apa pun terjadi
Pulanglah pada ku
Kerana kau kekasih ku
Adat orang bercinta
Semuanya indah saja
Bila sudah kecewa
Sungguh pahit terasa
Ulang * hingga *****
Alangkah indahnya
Jika kau dan aku
Saling menyayangi dan saling setia
Betapa rindunya
Di dalam hati ku
Kasih dan sayang...
Ulang *****
Lagu: Hadi Hassan
Lirik: Juwie & Owie
FREDO - SAYANG... MENGAPAKAH (1990)
SAYANG... MENGAPAKAH
Sayang... mengapakah
Indahkan berubah
Yang cerah pudar wajah
Mekar pun musnah
Selama-lamanya musnah dan terbiar
Percintaan dimana
Haluan tiada
* Pertama tergoda
Kasih mengapakah cinta
Kau dan aku bertemu
Lalu merindu
** Serupa berbeza
Waktu menjadi duka
Indah sementara
Selama tiada penghujungnya
Ulang *
Oh...
Ulang **
Sayang... mengapakah
Indahkan berubah
Seraut wajah cinta
Mainan cuma
Lagu: Siso
Lirik: Azida N.S.
Langgan:
Catatan (Atom)