Isnin, 8 Oktober 2012
WHEELS - APA KHABAR KAWAN LAMA (1986)
SENANDUNG UNTUK KEKASIH
Bila kau dengar senandung ini
Semasa engkau sendirian
Ku ciptakan hanyalah untuk mu
Yang sentiasa dikenang selalu
Bila kau dengar senandung ini
Ku tiada lagi di sisi mu
Dari jauh terkenang kembali
Saat indah yang telah berlalu
* Di sini rang bulan tiada mengambang
Dan bintang-bintang tiada berkerdipan
Di sini rindu ku berkepulan di awan keheningan
** Di sini sepi mencengkam kepiluan
Dan berpuput bayu membawa kenangan
Inikan suratan yang ditentukan
Ulang * dan **
Bersama-sama senandung cinta
Tersirat rasa dukalara
Moga abadi kekal selamanya
Jadi balada cinta kecewa
Lagu: Hanan Khan
Lirik: Syed Haron
AZMAN IDRIS - ZURAIDA (1979)
ZURAIDA
* Angin berhembus hujan gerimis
Kali pertama kita bersua
Mata bertentang hati berkata
Senyum diukir tanda mesra
** Ku renung wajah mu
Kau kerling malu
Zuraida nama mu
Zuraida dunia ku
*** Lemah dan lembut sopan berbudi
Wajah berseri manis sekali
Zuraida dewi bunga hati
Hari berganti bulan berlalu
Mesra di hati beralih rindu
Duhai Zuraida
**** Kini bertemu hati yang rindu
Sama membina istana bahgia
Ulang * hingga ****
Zuraida... Zuraida... Zuraida...
Lagu: Jamal Abdullah
Lirik: Amran Shariff
Ahad, 7 Oktober 2012
KOLEKSI SAMUDRA
SEMUA NAIK – ABANG MOKHTAR
Makan roti oi roti naik
Makan nasi oi beras naik
Minum air oi air naik
Hanya gaji yang lambat naik
Makan sambal oi lada naik
Goreng ikan oi minyak naik
Makcik makcik oi darah naik
Pakcik pakcik pencen tak naik
* Dari itu ramai yang bujang
Terlambat kawin
Kerana duit hantaran
Melambong naik
Duit tukang masak naik
Duit kerusi meja naik
Duit mak andam naik
Semua naik
** Kerja keras oi pangkat naik
Kerja banyak oi untong naik
Tauke kita oi perut naik
Gaji kita yang lambat naik
Ulang * dan **
Lagu: Abang Mokhtar
Lirik: Abang Mokhtar
Langgan:
Catatan (Atom)