Rabu, 23 Februari 2011
KHAI – DAMBAAN PILU (2004)
DAMBAAN PILU
Inikah yang harus ku terima
Dedaun nan layu
Berguguran jatuh di sisi ku
Adakah ruang
Walau bermesra untuk kali ini
Bersama mu
* Biarlah hanya ku menatap
Wajah mu nan indah
Lepas kerinduan ini
Hanya kasih milik berdua
Dambaan ku pilu
Perpisahan yang berlaku
** Tak sanggup bila meratapi
Hanya sayu diri ku kehilangan mu ini
Andainya masa menentukan
Moga saat itu kau hadir hanya untuk ku
*** Satu yang ku pinta
Buat mu kali terakhir
Sekiranya diri ku masih
Dalam hati mu
Renunglah kembali
Jika ku masih di sini
Biar bersemadi oh kasih mu ini
Yang tiada pengganti
Ulang *
Ulang ** dan ***
Lagu: Adnan Abu Hassan
Lirik: Mohariz Yaakup
AZIE – AZIE II KAU TETAP DI DALAM ANGAN KU (1996)
KAU TETAP DI DALAM ANGAN KU
Sekilas ku teringat
Detik-detik yang lepas
Indahnya perkasihan
Semacam ku rasakan
Tak sanggup rasanya
Sesaat ditinggalkan
Dan seboleh-bolehnya
Ku ingin mengikut mu
Walau ke lurah dalam
Aku sanggup tenggelam
Demi kerna sayang
Apa jua ku rela
Jiwa dan raga
* Engkau saja yang sentiasa
Bermain difikiran tiap masa dan ketika
Tak terlintas di hati ini
Untuk curang kepada mu oh kekasih
** Aku harap pendirian engkau juga
Sama-sama pertahankan kesetiaan
Walau diacu belati tajam mengugut ku
Cinta aku, kasih aku tetap untuk mu
Hingga ke mati, hanya itu mampu ku beri
*** Tersentak lamunan
Bila diri ini disentuh oleh seseorang
Ku cuba damaikan hati yang kian berkocak
Agar perasaan sedih aku ini tidak nampak
Ulang * hingga ***
Di pusara ini
Ku sedia berdiri
Bersama doa-doa
Tak putus ku hulurkan
Indah tanda kasih
Kasih yang sebenar
Wajah dan senyum mu
Sentiasa ku angankan
Aduhai sayang
Lagu: Saari Amri
Lirik: Fitri Amri
Isnin, 21 Februari 2011
HAIDA – HAJAT (1994)
MANIS MASA BERCINTA
Manis masa bercinta
Tutur dan kata
Bahasa tersusun indah
Jalan berpimpin tangan
Makan bersuap sabarnya
Lembut dan mesra sentiasa
Hujan membasahi teriknya suria
Sanggup dihadapi berdua
Manis masa bercinta
Biar bersusah payah
Tidak mengapa
Gunung ganang nan tinggi
Lurah berduri lautan ombak berapi
Rela tempohi
* Sesaat tak bersua
Bagai berabad tidak berjumpa
Rindu merasuk diri
Setengah mati
** Buruk di mata orang
Pada mata mu indah belaka
Tiada walau sekuman
Cacat cela
*** Jikalau bercinta biar berpanjangan
Usah sehabis madu sepahnya dibuang
Usah berlalu waktu engkau
Berpaling pandang
**** Moga ke anak cucu berkasih kasihan
Cinta yang begitu diberkati tuhan
Ulang * hingga ****
Manis masa bercinta...
Lagu: Saari Amri
Lirik: Habsah Hassan
Jumaat, 18 Februari 2011
Khamis, 17 Februari 2011
FLY N COLORS – RENTAK (1997)
DI DALAM MADU BERISI HEMPEDU
Di sebut jangan dikenang jangan
Janganlah kau risik tentang ku lagi
Setelah kau khianati
Cinta yang telah ku beri pada mu
Jangan kau kirim jangan kau utus
Surat mu tak mungkin aku membalasnya
Setelah hati ini retak
Oleh sikap mu yang menyakiti ku
Diri mu telah ku singkir jauh dari hati ku
Begitu jua dengan nama mu kasih
Telah ku lenyapkan dari ingatan
Kau kata akulah penawar segala duka mu
Rupanya bisikkan manis mu
Itu umpama di dalam madu berisi hempedu
* Tiada gunanya kau kunci ku
Di dalam sangkar cinta mu
Sedangkan diri mu kasih
Terbang ke sana sini
Sebebasnya mencurahkan cinta mu
Sedangkan aku di sini
Engkau biarkan menyendiri
Solo
Ulang *
Aku bukanlah pengemis cinta
Seperti yang engkau sangkakan kasih
Aku adalah diri ku
Insan yang punyai perasaan harga diri
Tinggallah mawar ku
Lagu: Lan Laga
Lirik: Sutera
KRU – AWAS DA’SOUNDTRACK (1995)
EMILIA
Dari wajah mu nan sayu ku tahu
Kau berendam airmata
Adakah kerna ku yang kau ragu
Perhubungan kita
Tidakkah kau sedari pada ku kau bidadari
Yang hadir hanya di dalam mimpi
Tak rela ku mengulangi melepas kau pergi
Melepaskan satunya nyawa cinta
* Mungkin tak selalu ku lafaz cinta
Tak selalu berdamping mesra yang kau pinta
Meluka hati mu hingga mengalir airmata
Oh! sayang ku berjanji jika kau kembali
Sehingga nafas terakhir ku curah embun cinta
Bersama suka duka setia kepada mu... Emilia
Amat sukar daku menerima
Hakikat kau tiada
Salah sangka melebur cinta kita
Yang dulu terbina
Hancur mahligai indah
Wahai bidadari janganlah kau berpaling lagi
Seandainya kau melambai pergi
Duka ku tak tersembunyi tak rela disaksi
Melutut daku merayu kembalilah
Emilia, ku tahu apa yang telah kau lalui
Betapa pedihnya kau di hati
Percayalah, bukan ku berniat begitu
Bukan begitu sayang...
Jangan biarkan ia berakhir begini
Kerana ku tahu di hati kita masih menyintai
Kembalilah kepangkuan ku Emilia
Kembalilah...
Ulang *
Lagu: KRU
Lirik: KRU
Rabu, 9 Februari 2011
M. SHARIFF – SIAPAKAH GERANGAN
SIAPAKAH GERANGAN
Lihatlah di sana
Dengan pasangan mereka
Ah... ah... sambil gurau senda
Ah... ah... sambil gurau senda
Tapi aku juga masih seorang diri
Lihatlah di sana
Dengan pasangan mereka
Tapi aku juga masih seorang diri
Lihatlah di sana
Ingin rasa hati untuk berdua-duaan
Tapi malu rasa hati untuk mencuba
Siapakah gerangannya
Untuk teman ku
* Lihatlah di sana
Dengan pasangan mereka
Ah... ah... sambil gurau senda
Tapi aku juga masih seorang diri
Lihatlah di sana
Berdebar rasa di dada
Untuk dimula
Hati masih terharu rasa gelisah
Dapatkah ku mencurah segala hati
Ulang * sampai habis
Lagu: Haathi Mere Sathi (Copyright Controlled)
Lirik: M. Shariff
Iringan The Zurah
Kredit to Mr. Sezali
ISMAIL HARON -MUTIARA HIKMAT (1973)
UCAPAN PENGANTIN
Kami meminta kepada pengantin
Tolong berikan ucapan
Aku menggeletar seluruh badan
Duduk di atas pelamin
Terima kasih banyak
Handai dan taulan
Ayah, ibu dan mertua
Tak terhingga kini
Gembira hati
Mahkota di raja sehari
* Hanya ku pinta
Pada mu semua
Doa dan restu mu
Oh yang ikhlas
Agar istana yang baru ku bina
Ditiup oh taufan tak berkecai
** Selamat sejahtera kami doakan
Hingga sampai ke anak cucu
Kepada yang satu ini permintaan
Rahmatilah juga isteri ku
Ulang * dan **
Lagu: S. Omar Osman
Lirik: Ismail Haron
Kredit to Mr. Sezali
AHMAD JAIS – SI DARA MANIS (1975)
SI DARA MANIS
* Ramai sudah ku terjumpa
Bermacam wajah beraneka gaya
Namun tak serupa dia
Si dara manis jelita
** Indah nian senyum mesranya
Itu yang menggoncang kalbu
Panjang rambutnya menambah seri
Engkau laksana dewi
*** Sungguh sayang duhai manja
Hilang dikau entah ke mana
Ku harap datanglah kau segera
Ulang * hingga ***
Lagu: Ahmad Syariff
Lirik: Ahmad Jais
Langgan:
Catatan (Atom)