Isnin, 21 Februari 2011

HAIDA – HAJAT (1994)



MANIS MASA BERCINTA

Manis masa bercinta
Tutur dan kata
Bahasa tersusun indah

Jalan berpimpin tangan
Makan bersuap sabarnya
Lembut dan mesra sentiasa

Hujan membasahi teriknya suria
Sanggup dihadapi berdua

Manis masa bercinta
Biar bersusah payah
Tidak mengapa

Gunung ganang nan tinggi
Lurah berduri lautan ombak berapi
Rela tempohi

* Sesaat tak bersua
Bagai berabad tidak berjumpa
Rindu merasuk diri
Setengah mati

** Buruk di mata orang
Pada mata mu indah belaka
Tiada walau sekuman
Cacat cela

*** Jikalau bercinta biar berpanjangan
Usah sehabis madu sepahnya dibuang
Usah berlalu waktu engkau
Berpaling pandang

**** Moga ke anak cucu berkasih kasihan
Cinta yang begitu diberkati tuhan

Ulang * hingga ****

Manis masa bercinta...

Lagu: Saari Amri
Lirik: Habsah Hassan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan