Selasa, 6 September 2011
1000 BINTANG BERHARI RAYA (1993)
BORIA AIDILFITRI - NYANYIAN MAS OMAR & SERIBU BINTANG
Di dalam setahun hanya sebulan
Rukun yang ketiga suatu amalan
Seluruh dunia islam tidak ketinggalan
Menunai kewajipan di hari berkekalan
Genap sebulan kita berpuasa
Berbagai dugaan sudah dirasa
Sebulan berpuasa rasa tak lama
Kerana menunaikan perintah agama
Di subuh hening tabir bergema
Menandakan syawal telah menjelma
Semua berpakaian anika gaya
Kerana menunaikan sembahyang raya
Menziarah ke rumah sanak saudara
Supaya terjalin kasih nan mesra
Juadah dihidang bermacam-macam cara
Janganlah lupa kunjungi pusara
Ada yang jauh ada yang dekat
Masing-masing bagaikan sudah sepakat
Berkumpul bagaikan suatu masyarakat
Sambil berdoa memohon berkat
Memohon maaf berjabat tangan
Kisah yang lalu diulang jangan
Sekian sahaja persembahan diberi
Di hari raya indah berseri
Ampun dan maaf saudara saudari
Dari kami seribu bintang
Menyusun sepuluh jari
Izinkan kami mengundur diri
Dengan ucapan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Lagu: M. Shariff
Lirik: Pie Hijau Kuning
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan