Selasa, 31 Januari 2012

ZAIRANI – YANG TERPISAH CUMA JASAD MU (1991)


ZAIRANI

Sila klik gambar di atas untuk mendengar lagu YANG TERPISAH CUMA JASAD MU (Lirik disertakan)

ROHANA – RAYUAN KU (1988)



RAYUAN KU

* Aku insan yang lemah
Hanya mampu berserah
Ingin sekali bertemu
Untuk mencurah rindu

** Masih tertanam kini
Hati mu di hati ku
Malam yang sepi begini
Gementar hati ini

*** Ingin ku hapus nama mu
Tapi tak berupaya
Bilakah dapat bertemu
Dengarlah rayuan ku

**** Hati bergetar
Jantung berdebar
Aku merindui mu
Setiap waktu

Ulang * hingga ****

Lagu: A. Ali
Lirik: Lukhman S.

AZHAR AHMAD – KERANA MU KASIH (1989)



KERANA MU KASIH

Harumnya kuntuman mawar hati
Ingin aku menghampiri
Sayangnya terpagar duri-duri
Untuk ku miliki

Dah berulang kali aku cuba
Menguburi luka lama
Dan keupayaan makin lemah
Aku kecundangan

* Pada siapa harus ku pinta
Permata yang berharga
Pada siapa pula yang sudi
Sambut tangan ku ini

** Terpenjara hati ku kasih
Mencari harga diri
Terpenjara hati ku ini
Kerana
Pergi mu kasih

Ulang * dan **

Lagu: S. Shahlan
Lirik: Seri Bayu

Isnin, 30 Januari 2012

SOHAIMI MIOR HASSAN – MISTERI CINTA (1985)


SOHAIMI MIOR HASSAN

Sila klik gambar di atas untuk mendengar lagu APABILA ISTERI KU TERTAWA (Lirik disertakan)

Khamis, 26 Januari 2012

SOHAIMI MIOR HASSAN – DEDIKASI (1983)


SOHAIMI MIOR HASSAN

Sila klik gambar di atas untuk mendengar lagu MARI KITA KAWIN dan SANDARKAN RESAH MU DIBAHU KU (Lirik disertakan)

SOHAIMI MIOR HASSAN – PROLOG (1983)


SOHAIMI MIOR HASSAN

Sila klik gambar di atas untuk mendengar lagu EPILOG CINTA DARI BROMLEY (Lirik disertakan)

Rabu, 25 Januari 2012

SHEILA – DIMENSI BARU (1985)



DIA

* Kata demi kata
Jalin dengan indah
Untuk menguraikan
Maksud hati

** Ku beranikan diri
Untuk memulainya
Tapi mengapa bibir ku
Tak dapat bergerak
Terasa berat

*** Oh malunya hati ini
Bila ku ingat saat itu
Kami hanya saling berpandang
Dan terdiam terpaku
Oh bulan hanya diri mu
Yang menyaksikan segalanya
Oh bulan tolonglah daku
Katakan padanya
Ku cinta dia

Ulang * hingga ***

Ulang **

Malam pun kian berlalu
Kami saling terpaku
Diam seribu bahasa
Hilang semua kata
Yang terangkaikan

Ulang ***

Ulang ***

Lagu: Adie M.S.
Lirik: Adie M.S.

AZIAN – BUKAN BELAS BUKAN SIMPATI (1989)



BUKAN BELAS BUKAN SIMPATI

Terdengar berburung berkicauan
Ke sana sini terbang berkawan
Sedangkan diri ku keseorangan
Dalam dahaga kasih dan sayang

Tiada beribu dan berayah
Tiada saudara hendak bermanja
Andainya engkau pepohon nan rendang
Bawah bayangan mu aku menumpang

* Menangis ku sendiri
Ketawa pun sendiri
Berpanjangan keresahan hati ini
Siapalah yang tahu
Sakit pening diri ku
Tiada bertempat ku mengadu

** Bukan mengemis bukan meminta
Hati terhiris ku pendamkan saja
Bukannya belas bukan simpati
Niat yang ikhlas letaknya di hati

*** Ku dengar berburung menyanyi
Berterbangan bebas di angkasa
Walau sesekali terasa iri
Tabah ku terima takdir yang esa

Ulang * hingga ***

Tabah ku terima takdir yang esa
Tabah ku terima takdir yang esa...

Lagu: Jay Jay
Lirik: Habsah Hassan

Selasa, 24 Januari 2012

CENDERAWASIH – VOLUME III (1986)



KERINDUAN MALAM

Indah alun simfoni
Yang menyejukkan hati
Di dalam kerinduan
Lembut bisik cinta mu
Kau berikan harapan

Adakah kau rasakan
Betapa ku merindu
Hampa rasa hidup ku
Sejak dikau tiada
Dalam kehidupan ku

* Laut tak bergelora
Kebimbangan melanda
Burung tiada berkicau
Mentari tak bersinar
Gelaplah dunia ku

** Malam pun makin dingin
Ku berselimutkan rindu
Hembus bayu berlalu
Menyejukkan hati ku
Dikerinduan malam

*** Datanglah kau kembali
Hiaskan hidup ini
Agar bunga yang layu
Kan bersemi kembali
Damainya di hati ku

Ulang * hingga ***

Lagu: Fauzi Marzuki
Lirik: Bob Rezal

CENDERAWASIH – VOLUME II (1985)



AKU BUKAN DIA

Yang tiada ku sangka
Bila kau melamar
Sepi di hati ku

Yang tak mungkin ku lupa
Bila kau bisikkan
Kau cinta pada ku

Yang hanya ku gambarkan
Betapa hangatnya
Cinta mu kekasih

Yang cukup ku mengerti
Bila kau nyatakan
Kau masih terluka
Mengapa dikenangkan
Simfoni lagu cinta hampa
Bukankah aku
Hanya untuk mu
Yang pernah engkau sayang dulu

Ku tahu kisah lalu
Sering memburu mu dengan kehampaan
Yang diri ku harapkan
Agarkan mengerti
Aku bukan dia
Kau ku cinta

Kau ku sayang...

Lagu: Jatt
Lirik: Seribayu

Jumaat, 20 Januari 2012

SUDIRMAN – ANAK MUDA (1980)


SUDIRMAN

Sila klik gambar di atas untuk mendengar lagu JAMILAH (UNTUK JURURAWAT) (Lirik disertakan)

SUDIRMAN – TWINKLE TWINKLE LITTLE STAR (1981)


SUDIRMAN

Sila klik gambar di atas untuk mendengar lagu MY MORNING STAR (Lirik disertakan)

Khamis, 19 Januari 2012

SUDIRMAN – ABADI (1982)


SUDIRMAN

Sila klik gambar di atas untuk mendengar lagu WARISAN dan 8 KE 4 1/4 (PUNCH CARD) (Lirik disertakan)

STELLA ANSIBIN – TERNODA SEBUAH CINTA (1984)


STELLA ANSIBIN

Sila klik gambar di atas untuk mendengar lagu TERNODA SEBUAH CINTA dan PINTA DAN HARAPAN (Lirik disertakan)

Selasa, 17 Januari 2012

ZARIHA YUSOFF – LAMUNAN RINDU (1988)


ZARIHA YUSOFF

Sila klik gambar di atas untuk mendengar lagu LAMUNAN RINDU (Lirik disertakan)

OTD & PRANITA – VOL. 2 (1984)



BILA HATI DAH SAYANG

Bila hati dah sayang
Hanya dikau pujaan
Tiap waktu ku terbayang

Bila hati dah cinta
Tiada seindah kata
Mencurahkan hasrat mu

* Hati yang rindu
Ingin bertemu
Menjalin rasa cinta
Siang terkenang
Malam termimpi
Menanti kau kembali

** Bila hati dah sayang
Semua indah dipandang
Bagai tiada yang menghalang

Hanya kasih sayang

Ulang * dan **

Tatatatatata...
Tatatatatata...

Lagu: Ahmad Nawab
Lirik: Noordy

SKYFIRE – MEMORI INDAH (1987)



MEMORI INDAH

Pernah dulu kita berpimpinan
Meniti pengharapan
Di waktu menuju kedewasaan mu
Ku dekatkan rindu ku

Hari ini sepi ku rasai
Tiada kau di sini
Sering didatangi serpihan memori
Indah berganti sepi

Kehilangan mu
Mengajar aku
Nilai rindu
Yang berlalu
Kehilangan mu
Menjadikan ku
Penunggu yang setia menunggu mu

Rindu yang terbenam
Haruslah
Dibangkitkan lagi

Ku menyusuri waktu yang berlari
Mencari oh memori

Ku kini berdiri
Semua memerhati
Indah warna pelangi
Andainya kau ada disisi ku
Cairlah rindu ku

Walaupun kian bersemadi
Namun hati ini
Tersimpan nama mu dan
Memori yang baru

Lagu: Mathias Gomes
Lirik: Lukhman S.

LIZAWAN – DUNIA YANG KU CUBA (1985)



DUNIA YANG KU CUBA

Bagaikan ku bermimpi
Apa yang ku cita
Telah terlaksana
Riangnya tak terkira
Keluarga merestui
Ku jadi penyanyi

* Dunia yang ku cuba
Walaupun banyak cabarannya
Akan ku lalui sendiri
Demi cinta seni

Akan ku teroka nya
Menjadi penyanyi
Disukai ramai
Penat tak ku rasakan
Menghibur pendengar
Peminat lagu ku

Ulang *

Ulang * 2x

Dunia yang ku cuba
Apa yang ku cita dahulu
Dunia yang ku cuba
Ku nampak cahaya
Dunia yang ku cuba
Ternyata

** Dunia yang ku cuba

Ulang **

Lagu: Roslan Aziz
Lirik: M. Yussuf Ally

LIZA ABDULLAH – SEMALAM YANG INDAH (1988)



KAU BIAR KU SENDIRI

* Tak perlu engkau bertanya
Tentang hati ku pada mu
Tidakkah dapat kau mengerti
Dari sinar mata ku

** Selama ini ku rindu
Tapi kau tak mengerti
Mungkin kau ada pengganti
Lalu kau biar ku sendiri
Mungkin kau ada pengganti
Lalu kau biar ku sendiri

*** Tiba-tiba kau melukakan
Dan membiarkan aku tertanya
Mengapa kau selalu sakiti
Sedangkan kau tahu ku menyintai
Mengapa kau tidak setia
Pada janji-janji yang kau lafazkan

Ulang * hingga ***

Lagu: Ahmad Sabri
Lirik: Juwie

NOREEN NOOR – DARI KU UNTUK MU (1984)



SEHARI DALAM KESEPIAN

Sehari
Dalam kerinduan ini
Gelisah melanda setiap ruang
Sesaat
Tak daya lelapkan mata
Wajah mu di mana-mana

* Sehari
Dalam penantian sepi
Menanti tibanya kepastian mu
Sedetik ku sering memikirkannya
Apakah jawapan mu

** Mungkinkah kau jua
Turut merasakan
Gelisah resah dalam kesepian

*** Cubalah selami
Perasaan hati
Menanti esok dalam kesangsian
Aku merindu

**** Sehari
Dalam kesepian ini
Menanti hadirnya sinaran kasih
Sesaat
Ku tuliskan kata-kata
Dengan curahan hati

Ulang ** hingga ****

Ulang * hingga ****

***** Bilakah waktunya
Kita ditemukan
Seperti semalam yang amat indah
Sehari berlalu
Rindu pun berhimpun
Mencari jawapan kepastian mu

Ulang ***** sampai habis

Lagu: Ismail Ahmad Nawab
Lirik: Darlina

ORIGINAL SOUNDTRACK PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM II (2005)


OST PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM II

Sila klik gambar di atas untuk mendengar lagu KU SERU (Lirik disertakan)

ANUGERAH ERA ’04 (2004)


ANUGERAH ERA ’04

Sila klik gambar di atas untuk mendengar lagu BAHU KE BAHU (Lirik disertakan)