Selasa, 31 Januari 2012

AZHAR AHMAD – KERANA MU KASIH (1989)



KERANA MU KASIH

Harumnya kuntuman mawar hati
Ingin aku menghampiri
Sayangnya terpagar duri-duri
Untuk ku miliki

Dah berulang kali aku cuba
Menguburi luka lama
Dan keupayaan makin lemah
Aku kecundangan

* Pada siapa harus ku pinta
Permata yang berharga
Pada siapa pula yang sudi
Sambut tangan ku ini

** Terpenjara hati ku kasih
Mencari harga diri
Terpenjara hati ku ini
Kerana
Pergi mu kasih

Ulang * dan **

Lagu: S. Shahlan
Lirik: Seri Bayu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan