Rabu, 22 Ogos 2012

BROERY - BALADA SEORANG NELAYAN TUA (1984)



BALADA SEORANG NELAYAN TUA

Hidup ini
Sepantun ombak petang
Hempas menghempas
Di pantaikan hilang
Cahayanya
Berkilauan bak warna emas
Tapi lagunya
Kenapakah senandung duka
Pilu dan cemas


Redup mata mu
Merenungi laut biru
Menyingkap resah kalbu
Mengharungi hidup

Longlai langkah mu
Membawa usia mu
Dimamah bahang hari
Setiap hati

* Inilah kesah
Kehidupan
Di lautan
Yang mengganas
Tak berhenti
Setiap hari

** Inilah kesah
Yang mencengkam
Lubuk jiwa
Nelayan tua
Setiap masa
Duka

*** Pilu hati mu
Mengenang untung nasib
Menghadapi hari muka
Dengan ketabahan jua

Ulang * hingga ***

Lagu: Ismail Ahmad Nawab
Lirik: Kasajiza A.S.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan