Selasa, 14 Ogos 2012
RAMPAISARI AIDILFITRI (1991)
SELAMAT HARI RAYA - PANCA SITARA
* Selamat Aidilfitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini
** Di masa bulan Ramadhan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari Raya disambut dengan gembira
Miskin kaya memakai baju
Baru warna-warni
Mengunjungi sanak kaum famili
Sungguh hebat
Pemandangan di Hari Raya ini
Tua muda wajah berseri-seri
Marilah bergembira
Bersama menikmati Hari Raya
Minta mak kueh sepotong
Saya mahu makan kerna
Perut kosong
Ulang * dan **
Maafkanlah jika terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Ku berdoa selamat panjang
Umur murah rezeki
Semoga tuhan akan memberkati
Selamat Hari Raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat kami ucapkan
Hingga kita jumpa tahun depan
Selamat Hari Raya
Lagu: Ahmad Jaafar
Lirik: Ahmad Jaafar
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan