Selasa, 4 Disember 2012
DAMASUTRA - PENAWAR (1996)
JAUHAR CINTA KU
Kemanakah hilang kasturi kasih mu
Dalam syurgawi cinta kita dulu
Bagaikan tak percaya perubahan mu
Dalam manis cinta rasa hempedu
1000 tahun janji kau lafazkan
Hancur berkecai cuma semalaman
Kau terpedaya kerna kilauan kaca
Yang kau sangka intan aku kau tinggalkan
* Biar pun kau ku jaga bagai bulan
Dan ditakdir bermadu dengan bintang
Sinar kasih ku keasingan berlumpuran
Hingga aku terbuang di hati mu
Melihat kau memadu kasih baru
Tiada dendam di hati ku terhadap mu
** Keasyikan dengan harta
Pasti hancur dengan kuasa
Keegoan paras dan rupa
Akan luntur masanya
*** Jangan nanti engkau kesali
Harta rupa tiada lagi
Kasih cinta tanpa syukuri
Nikmat tak kau rasai
Solo
Ulang * hingga ***
Jauhari cinta ku warisan pujangga
Menilai cinta tiada bandingannya
Kau insan tetapi berhatikan kaca
Pastikan berderai dan jiwa merana
Sesal tiada guna
Lagu: Isa Graviti
Lirik: Ainol Jamal (Zurain)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan