Rabu, 29 Ogos 2012
GAMMA - SUARA PASRAH (1990)
KEMBANG TERHALANG
Rindu tenggelam
Berselubung pilu
Bunga-bunga cinta
Kembang terhalang
Kemarau menghampiri
Mungkinkah dia
Merawat lara
Ditinggalkan pergi
Untuk selamanya
Bagai diri ku jua
* Dalam rindu
Membuai derita
Dipenghujung alam cinta
Mungkin ada
Penawar rahsia
Walau hanya secangkir saja
Kita sama rantai jiwa
Diolokkan cinta
** Di sini aku
Tetap merindu
Ingin ku membelai
Kuntuman impian
Untuk harumi jiwa
Solo
Ulang * dan **
Lagu: Sani
Lirik: Azida N.S.
FRAN - SEKADAR DI PINGGIRAN (1986)
SEKADAR DI PINGGIRAN
Tiada guna kau berpatah arah
Jika niat mu menyambung kasih
Apalah ertinya disebalik
Tangisan atau rintihan
Untuk apa kau kembali lagi
Sekadar hanya untuk menyakiti
Cukuplah sudah di sini saja
Biar aku pendam duka
* Hati sedih hati pedih
Mengenangkan keindahan
Bersamamu
** Tidak ku sampai
Ke puncak sana
Apalah daya
Bertahan cuma
Di pinggiran
Yang memilukan
*** Jauh sekali di sudut hati
Menyimpan dendam yang amat mendalam
Akan ku sahut namamu oh... sayang
Sewaktu ku kesunyian
Ulang * hingga ***
Lenyapkanlah kisah
Pilu...
Lagu: Manan Ngah
Lirik: Lukhman S.
FEMININ - UNTUK MU (1993)
UNTUK MU
Oh... oh... oh...
Angin bayu membawa diri ku
Sepintas lalu ku terkenangkan mu
Memori silam meresap malam
Kenangan bersama tersimpan selamanya
Walaupun kau pergi jauh dari diri ini
Cinta ku masih bersemadi di hati
Keyakinan kitakan kembali
Menghidupkan semula janji bara cinta
* Kita bersama mengejar mimpi
Terpisah sementara ku pasti
Suatu hari nanti cinta kita bersemi
Kembali menerangi mekar di taman hati
Walaupun jauh pandangan mata
Ku yakin kau kan tetap setia
Begitulah ku jua keikhlasan di jiwa
Dan cinta ku hanyalah untuk mu
Saban hari diri ku menunggu
Khabar berita dari mu di sana
Gerimis senja kembali reda
Kerinduan di jiwa kau jadi penawar
Rindu ku pada mu tak dapat ku terkata
Setiap saat waktu bagai terlalu lama
Bila kita kembali bersama
Hiduplah semula janji bara cinta
Ulang *
Ulang *
Untuk mu...
Oh... oh... untuk mu
Cinta ku... untuk mu
Cinta ku...
Untuk mu...
Lagu: Yusry KRU
Lirik: Norman KRU
Selasa, 28 Ogos 2012
DILLA HUSSEIN - VIVA (1993)
TAK MUNGKIN MINDA KU TERLENA
Ku cuba menghindari
Ku cuba tak kembali
Namun langkah kaki ku
Makin hampir pada mu
Karang terjal berliku
Menghalang hasrat kita
Pasirnya melukai
Namun ku tak peduli
* Apakah ku berdosa
Menyintai mu
Hinakah aku
Menagih kasih mu
Walau sentuhan mu hanyalah
Untuk seketika
Namun minda ku
Takkan mungkin terlena
Solo
Impian dan harapan
Ditemani igauan
Tiap hari berlalu
Ku bendung kerinduan
Kan ku singkap tabir kelabu
Untuk cahaya mu
Sebak rindu ku
Kian lama berputar
Sisa hidup ku menakutkan
Tiadanya belaian
Sambut tangan ku
Terangilah malam ku
Ulang *
Lagu: Awang BPR
Lirik: Dilla Hussein
DEAD MUSHROOM - DEAD MUSHROOM (1997)
READ MY MIND
* Go now cause i just can't wait
Fear me not i won't just stay
You make me bleed
Uncaptured flow makes crazy
Got them in control i feel
I got astray
Wonder why you leave me a trail
You don't understand what i feel inside
You give me all those sweet hope lies
I look back i just can't help to realise
** Never gonna read my mind
Never gonna let it down
Never gonna read my mind
Repeat * and **
Reasons to lie
Reasons to hide
Reasons to cry
And reasons to break down
Repeat **
Don't you know you mean nothing to me
You past is not gonna be a blazing glory
Confusing paths lead in your way
Yes you no is happen to you anyway
Repeat **
Repeat **
Song: Dead Mushroom
Lyric: Dead Mushroom
CROSSFIRE - ESPIRIT DE CORPS (1994)
PELANGI JINGGA
Masihkah teringat lagi
Senja di pinggir syahdu
Walau tak seindah mimpi
Mendung tak sepanjang hari
Gerimis menitis
Bagaikan merintih
Di saat sisa mentari
Terbit sang pelangi
Jingga tak bererti
Suasana duka pasti
* Namun tak pernah ku pinta
Inikan terjadi
Indah yang tak abadi
** Meniti pelangi
Kala senja sepi
Walau tak terpasti
Akan ku tepati
Biarpun berganti
Kau tetap di hati
Kan ku abadikan janji
Ku pastikan langkah
Walau tak seiring
Akan ku hapus mimpi
Solo
Ulang * dan **
Pergi mu ku nanti
Hilang mu ku cari
Biar pun tak pasti
Ku masih sendiri
Lagu: Yus
Liirk: Izza
Rabu, 22 Ogos 2012
BUMI PUTRA ROCKERS - KELAB JIWA LUKA (1990)
DARI SINAR MATA
* Keunggulan cinta
Dari sinar mata
Yang bergelora
Hati di taman berbunga
Satu impian satu harapan
Sudah pasti ada sebaliknya
Satu rahsia
** Engkau di mata ku
Adalah cahaya
Perjalanan ku
Terang menyuluh segala
Yang tersembunyi lama ku cari
Sudah pasti ada jawapannya
Kemungkinan itu
*** Datang hampir senja
Sedang aku
Merangkak dan kehausan
Cinta itu
Kau hulur tangan mu
Membawa ku ke atas semula
**** Berdoalah aku
Kesyukuran
Tercantum cinta jadi satu
Biar ku tebus segalanya
Agar diteman cinta yang suci itu
Solo
Ulang *** dan ****
Ulang * dan **
Lagu: Awang
Lirik: J.S. Kevin
BROERY - BALADA SEORANG NELAYAN TUA (1984)
BALADA SEORANG NELAYAN TUA
Hidup ini
Sepantun ombak petang
Hempas menghempas
Di pantaikan hilang
Cahayanya
Berkilauan bak warna emas
Tapi lagunya
Kenapakah senandung duka
Pilu dan cemas
Redup mata mu
Merenungi laut biru
Menyingkap resah kalbu
Mengharungi hidup
Longlai langkah mu
Membawa usia mu
Dimamah bahang hari
Setiap hati
* Inilah kesah
Kehidupan
Di lautan
Yang mengganas
Tak berhenti
Setiap hari
** Inilah kesah
Yang mencengkam
Lubuk jiwa
Nelayan tua
Setiap masa
Duka
*** Pilu hati mu
Mengenang untung nasib
Menghadapi hari muka
Dengan ketabahan jua
Ulang * hingga ***
Lagu: Ismail Ahmad Nawab
Lirik: Kasajiza A.S.
Selasa, 14 Ogos 2012
RAMPAISARI AIDILFITRI (1991)
TANGAN YANG MEMBERI - RUHIL
* Tangan yang memberi
Lebih baik dari yang menerima
Menolong orang
Jangan harap balasannya
Biar dengan ikhlas
Janganlah separuh hati
Tiap yang berbakti
Tuhan Maha Mengetahui
** Tangan yang memberi
Lebih baik dari yang menerima
Kesucian diri
Itulah sifat yang dipuji
Senyum dibibir
Keindahan budi bahasa
Keluhuran hati
Kita akan berbahagia
*** Sikit sama merasa
Fakir jangan dilupa
Hidup kita hanya sementara
Manusia bersaudara
Kasih sesama kita
Jauhi dari bersengketa
Ulang *
Ulang *** dan **
Lagu: M. Nasir
Lirik: Usop/ M. Nasir
RAMPAISARI AIDILFITRI (1991)
SELAMAT HARI RAYA - POINT BLANK
Selamat Hari Raya
Selamat Hari Raya
Di hari mulia
Ucapan dikirim
Kepada semua muslimin muslimat
Kepada ayah bonda sanak saudara
Tidak lupa kepada mu
Kekasih yang tercinta
Selamat Hari Raya
Selamat Hari Raya
Ku mohon ampun segala dosa ku
Lupakan setiap rasa kemarahan
Ataupun kebencian mu yang tersimpan
Hari ini hari mulia
Bersihkan jiwa raga
Selamat Hari Raya
Selamat Hari Raya
Saling bermaaf di antara kita
Lupakan setiap rasa kemarahan
Ataupun kebencian mu yang tersimpan
Hari ini hari mulia
Bersihkan jiwa raga
Lagu: Razzi M
Lirik: Haron Abdulmajid
RAMPAISARI AIDILFITRI (1991)
MENJELANG HARI RAYA - JATT
* Menjelang hari raya
Berakhirnya puasa
Bergema takbir senja
Menyambut syawal tiba
Suasana riang ria
Terlihat sini sana
Bergelip malam raya
Terhias indah rupa
** Oh cantik berseri-seri
Tua dan muda
Berpakaian serba baru
Oh sungguh meriahnya
Miskin kaya pun turut bergembira
*** Selamat Hari Raya
Aidilfitri mulia
Semoga berbahagia
Hidup aman sentosa
Ulang * hingga ***
Lagu: S. Atan
Lirik: Kamali Hudi
RAMPAISARI AIDILFITRI (1991)
MOHON MAAF DI HARI RAYA
Allahu akbar allahu akbar
Allahu akbar
Lailahaillallah huallahu akbar
Allahu akhbar walillahilham
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Minalaidil walfaizi
Minalaidil walfaizi
Kulluamin wa antum bilkhair
Kulluamin wa antum bilkhair
Maafkanlah zahir dan batin
Maafkanlah zahir dan batin
Ku mengambil kesempatan
Untuk menghulur tangan ini
Dengan hati suci bersih
Ku pohonkan kemaafan
Bagi setiap kesalahan ku
Yang telah berlalu itu
Memang resam manusia
Makhluk Allah
Tak lepas dari bersalah
Selagi kau bernyawa
Tutur kata dan perbuatan
Yang terkasar
Di dalam pergaulan
Haruslah kau maafkan
Ku harapkan kepada mu
Lupakanlah sengketa lalu
Berdamailah dalam iman
Selamat hari lebaran
Minal aidil walfaizi
Mari bersalam-salaman
Saling bermaaf-maafan
Ikhlaskanlah diri mu
Sucikanlah hati mu
Sebulan berpuasa
Jalankan perintah agama
Selamat hari lebaran
Minal aidil walfaizi
Mari mengucapkan syukur
Ke hadrat Illahi
Kita berkumpul semua
Bersama sanak keluarga
Tak lupa kawan semua
Jumpa di hari bahagia
Selamat hari lebaran
Minal aidil walfaizi
Mohon ampun dan restu
Kepada ibu bapa
Maapkan zahir batin
Pada saudara semua
Mohon ampun dan restu
Kepada ibu bapa
Maapkan zahir batin
Pada saudara semua
Semua berhari raya
Menyambut kemenangan kita
Selama di bulan puasa
Menahan lapar dahaga
Bersalam bermaafan
Halalkanlah di beri
Jika lanjut usia
Tahun hadapan jumpa lagi
Selamat berlebaran
Saling maaf maafan
Hilang dosa yang lalu
Tiada dosa baru
Lalalalalala.....
Copyright Controlled
RAMPAISARI AIDILFITRI (1991)
SELAMAT HARI RAYA - PANCA SITARA
* Selamat Aidilfitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini
** Di masa bulan Ramadhan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari Raya disambut dengan gembira
Miskin kaya memakai baju
Baru warna-warni
Mengunjungi sanak kaum famili
Sungguh hebat
Pemandangan di Hari Raya ini
Tua muda wajah berseri-seri
Marilah bergembira
Bersama menikmati Hari Raya
Minta mak kueh sepotong
Saya mahu makan kerna
Perut kosong
Ulang * dan **
Maafkanlah jika terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Ku berdoa selamat panjang
Umur murah rezeki
Semoga tuhan akan memberkati
Selamat Hari Raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat kami ucapkan
Hingga kita jumpa tahun depan
Selamat Hari Raya
Lagu: Ahmad Jaafar
Lirik: Ahmad Jaafar
Khamis, 9 Ogos 2012
B&W - KASIH... HINGGA AKHIRNYA (1997)
HINGGA AKHIRNYA
Duhai kekasih ku sayang
Cuba pejamkan mata mu
Dengarkan lagu ku
Ku ciptakan demi cinta
Duhai kekasih ku sayang
Cuba renung dan bayangkan
Pertama kali kita bertemu
Berjanji seia sekata
Di tempat ini ku tunggu
Di sini janji dipadu
Tetapi... engkau tiada
Tinggalkan ku seorang diri
Dengan janji-janji mu
Tiada kau tepati
Kau hancurkan harapan
Kau musnahkan cinta kita
* Tanpa ucapan sepatah kata
Kau berlalu begitu sahaja
Seolah tiada yang terjadi
Antara kita berdua
Dengar sayang lagu ku ini
Semoga kau dapat mengerti
Cinta ku bukan mainan
Tulus suci
Biarlah ku simpan di jiwa
Hingga akhirnya
Solo
Ulang *
Dengar sayang lagu ku ini
Semoga kau dapat mengerti
Cinta ku bukan mainan
Tulus suci
Biarlah ku simpan di jiwa
Duhai kekasih ku sayang
Cuba pejamkan mata mu
Dengarkan lagu ku
Ku ciptakan demi cinta
Hanya untuk mu
** Hingga akhirnya
Ulang ** sampai habis
Lagu: Afzainizam
Lirik: Afzainizam
SENTUHAN HARI RAYA (1994)
HALAMAN ASMARA - AWIE DAN ZIANA ZAIN
Setahun aku lalui
Detik lamakan kembali
Pelita ku nyalakan
Di halaman asmara
Seringkali ku renungi
Kenangan mencuit hati
Sedar tak sedar
Detik itu kembali
Dan kita ulangi
Cinta di bawah cahaya
Dakapan seribu warna
Menerangi indah halaman asmara
Kita berdua
* Kau melafazkan kerinduan
Ku sambut keriangan
Dan terungkaplah impian di hari mulia
Solo
Tercurah kasih dan sayang
Menyambut Syawal menjelang
Hati ku gembira
Bertemu saudara
Bersama kasih yang ku cinta
** Kau melafazkan kerinduan
Ku sambut keriangan
Dan terungkaplah impian
Ulang **
Ulang *
Ulang **
Lagu: M. Nasir
Lirik: S. Amin Shahab
Selasa, 7 Ogos 2012
ANTZ - ANTZ 2 SENGAT
TERPALING BERSERI
Dalam gelita malam tak berbayang
Ku terpanggil
Untuk membayangkan
Wajah mu seketika
Tiba-tiba
Bersinar kembali
Singgah dikerdipan mata
Dalam kilauan memercik dipandangan
Senyuman mu
Jelas ku pandangkan
Bagaikan membawa ke lapangan
Di dada ini yang
Masih lagi rasa bersalah
* Membiarkan
Kau merajuk pergi
Tanpa seulas
Kata mereda hati
Sedang ku sedari marah mu api menjulang
Yang bisa terpadam dengan
Air kesabaran ku
** Sekali pun marah mu
Marah yang terbit dari cinta
Yang teramat dalam
Sedalam sanubari mu
*** Kesal ku pula
Yang tak terucap betapa aku
Gagal memberkas kau
Cahaya yang menghiasi hari ku
Yang paling berseri dalam hidup ku semalam
Ulang * hingga ***
Lagu: Aidit Alfian
Lirik: Loloq
Isnin, 6 Ogos 2012
AM PM - SIANG MALAM (1996)
TERMENUNG
* Duduk termenung
Di bilik kosong
Menunggu masa berlalu
Penat melihat
Merasa rungsing
Di depan rasa terasing
Apa terjadi
Sukar ku percaya
Depan rumah jadi padang pula
Mana pokok mana semuanya
Boleh hilang sekelip mata
** Yang cantik kita jagalah
Bersama-sama
Yang indah mari kita
Cuba pelihara
Yang anggun bukankah
Itu yang kita suka
Mengapa tidak
Sama-sama menjaga
Kasihanilah pada anak-anak kita
Kerana kita yang menentukannya oh...
Mereka cuma hanya fikirkan
Untuk hidup hari ini sahaja
Berikanlah kami sedikit udara
Berilah agar dapat kami merasa
Berikanlah kami ingin hidup juga
Janganlah kami ini semua diseksa
Ulang * dan **
La... la... la...
Sama-sama, sama-sama, pelihara
Lagu: Benny Ardjuna
Lirik: AM:PM
ALLEYCATS - ALLEYCATS 7 (1983)
NOTA TERAKHIR
Ada sekeping nota
Ku jumpa di atas meja
Mencurahkan satu rahsia
Yang terpendam menjadi dendam
Mungkinkah selama ini
Kau hanya bersandiwara
Demi melupakan suatu trajedi
Yang tak mampu kau tempuhi
* Nota terakhir ini
Cukup ku mengerti
Firasat ku terhadap mu
Semuanya benar
Ku bukan seorang jutawan
Yang sebagaimana engkau inginkan
Ataupun seorang cendikiawan
Yang dapat mendidik seribu insan
Ulang *
Oh... mengapa kau begitu
Ulang *
Semuanya benar...
Lagu: Zainol Ali
Lirik: Zainol Ali
AG - AG (1991)
HANYA TINGGAL KENANGAN
Terdampar di hujung sana
Pabila mentari senja
Terbitnya pasti ada
Tak akan pudar
Ditelan usia
Hanyalah segunung mimpi
Yang dapat ku berikan
Khayalan bayangan silang
Merintangi ranjau ini
Tak mungkin terpadam
Pelita ku
* Tiada lagi permata hati
Yang kau harapkan
Selama ini
Tiada lagi kesucian
Atau hanya satu sandiwara
Oh...
** Kita tenggelam dibawa arus kota
Tak mungkin lama
Berpaut pada cinta
Kita mampu merancang
Tuhan yang menentukan
Solo
*** Mestikah engkau persiakan
Janji-janji yang tak mungkin roboh
Beginikah suratan hidup
Mengharungi onak yang berduri
Ulang **
Ulang * dan ***
Lagu: Umarul
Lirik: Umarul
NADIA - NADIA 2 (1997)
KU MASIH SETIA
Mengapa ku dilukai
Adakah ku bersalah
Mengharap kasih sayang mu
Terhadap diri ku
Walau dikau tiada
Aku masih setia
Mengharap engkau kembali
Di dalam pelayaran hidup ku ini
Dengarkanlah sayang ku suara hati ku ini
Walau musnah langit seribu
Adakah kau mengerti
Dengarkan oh sayang ku suara hati ku ini
Walau musnah langit seribu
Adakah kau mengerti
* Aku yang merana tiada siapa peduli
Ku hanya berdoa
Semoga cinta ini
Bersinar kembali
** Aku tak berdaya menghalang kau pergi
Ku tetap menanti
Semoga terbuka pintu hati mu
Untuk ku oh sayang
Solo
Dengarkanlah sayang ku suara hati ku ini
Walau musnah langit seribu
Adakah kau mengerti
Ulang * dan **
Ulang *
Aku tak berdaya menghalang kau pergi
Ku tetap menanti
Semoga terbuka pintu hati mu
Untuk menerima ku
Lagu: Aloon
Lirik: Aloon
RABBANI - ARAH (1998)
ANAK SOLEH
Uuuuuu...
Kenangi ibu bapa
Doakanlah sejahtera
Kita anak harus membela
Apabila sudah dewasa
Jangan biarkan mereka
Sia-sia di hari tua
Kecewa hidup merana
Kerna perbuatan anak derhaka
* Bahagiakan mereka
Hingga ke hujung usia
Bila sampai waktu ajalnya
Anak soleh sebagai harta
Ulang *
** Hai... ibu bapa
Kami permata anda
Tidak jemu berdoa
Agar sejahtera terpelihara
Uuuuuu...
Di dunia bahagia
Akhirat pun begitu jua
Inilah harapan kami semua
Moga Allah kabulkan doa
Ulang *
Ulang * dan **
Uuuuuu...
Lagu: Asri Ibrahim
Lirik: Nazim
Khamis, 2 Ogos 2012
IZZAKA - SINGKAPKAN NUR SUCI (1991)
SINGKAPKAN NUR SUCI
Kemana hilang
Sinar wajah yang kau gambarkan
Di puncak keangkuhan
Bisa mencengkam alam
Kenapa pudar
Dicemar mentari dan bulan
Hanya jauh dipandang
Tidak tercapai tangan
Aku kau gambarkan
Beribu dalam genggaman mu
Tiada sepadan
Menatap sinaran mata mu
Asyik terlena
Mempersia cinta yang tiba
Kau tidak merasa
Kecewa
Setia bercinta
*Hingga kau terlupa
Segala hanya sementara
Dari kuasanya
Menguji kejujuran diri
** Dan aku
Kini engkau hampiri
Engkau
Seri tiada lagi
Pudar dihias hina luka lama
*** Resah aku tidak berdaya
Parah cinta ku masih ada
Pasrah aku menerima kau sayang
**** Redhalah aku ditakdirkan
Meneruskan perjanjian
Singkapkanlah tabir malam ku
Oh nur suci
Solo
Ulang * hingga ****
Lagu: Hairie
Lirik: Azida NS
ILLUSI - SUARA CINTA (1989)
SEGALANYA KU TERIMA
* Aku yang kehilangan
Dalam diri sendiri
Terkurung dalam bayanganmu
** Gelak ketawa engkau
Bagai bertahun dulu
Menyeret ku ke syurga kita
*** Itu mimpi yang terkenang
Membuat aku terbuang
Tika memapah semangat
Yang masih ada
Cerita silam ini
Menjadi racun bisa
Dan kini aku pun melara
Terlemas di dataran
Di lambung ombak hidup
Pun aku masih menantimu
Akan tersingkapkah cinta
Yang telah sekian lama
Kita dodoikan bersama
Dimimpi ngeri
**** Biarpun masih tergagah
Menjulang cinta yang patah
Sebenarnya aku kesepian
Dan aku masih cinta
***** Diri ini penuh luka
Yang tidak akan tertutup
Meskipun ada pengganti
Seiras wajah
Solo
Ulang * hingga ***
Ulang **** dan *****
Lagu: Awang
Lirik: Bob
HALEEDA - HALEEDA (1991)
SETIA KASIH
Sekali air sungai melimpah
Sekali pasirnya pun berubah
Itulah falsafah
Yang menjadi ikutan
Dan juga bualan
Tapi bagi ku pula berbeza
Sungai mengalir tetap berliku
Yang berubah cuma
Adalah pasir saja
Penghujungnya muara
* Hati ingin berbicara
Hati ingin merasai
Nikmat cinta yang sering diperkata
Tetapi sebaliknya
Tiada terlaksana
** Dahan yang patah
Tiada bersambung lagi
Hati ku pasrah
Dalam mencari mimpi
*** Getar hati ku
Serta kepayahan ku
Hanya kau saja
Sudi memahaminya
**** Setia ku kini hanya satu
Dan kasih ku bukanlah beribu
Biar bercerai badan
Jasad ataupun nyawa
Aku tetap setia
Ulang * hingga ****
Biar bercerai badan
Jasad ataupun nyawa
Aku tetap setia
Sayang ku...
Lagu: Fauzi Marzuki
Lirik: Lukhman S.
FAROUK HUSSAIN - KUPINTAL SARUNG BANTAL (1999)
SENDI YANG HILANG
Aduh aduh dia merana
Nasib baik tak hilang nyawa
Setiap hari dirawat
Menelan bermacam ubat
* Terseksa dia terseksa
Hanya tuhan tahu
Deritanya
Kaki berbalut
Tulang reput
Berdenyut
Badan dah kecut
Dipandang takut
Dipandang takut
** Kau memandu laju
Berlumba di malam minggu
Jauh berbatu jalan berliku
Hai lampu isyarat terlalu dekat
Nak berhenti pun dah tak sempat
*** Bahaya dah kata bahaya
Memandu mengikut nafsunya
Bahaya dah kata bahaya
Terhantuk baru nak terngadah
Ulang **
Bahaya dah kata bahaya
Memandu mengikut nafsunya
Bahaya dah kata bahaya
Terhantuk baru nak
Menyesal pun dah tak berguna
Ulang * dan **
Ulang *** sampai habis
Lagu: Azmeer
Lirik: Hamdan & Illya
DWEN - SUATU WAKTU DAHULU (1986)
SUATU WAKTU DAHULU
Ketika ini suatu waktu dahulu
Ku ke sini dengan mu
Kita dirikan sebuah tugu harapan
Dengan keyakinan
Masih ku ingat
Tangan mu ku genggam erat
Tandanya bersepakat
Pernah kata mu
Susah senang suka duka
Kita hadapi berdua
* Mersiknya suara mu
Melenyapkan ragu ku
Mentari jadi cair
Oleh janji mu
Bahawa ikatan tak berakhir
** Ketika ini suatu waktu dahulu
Tak pernah ku fikirkan
Akan ke mari bersendirian tanpa mu
Mencari tugu harapan
Ulang * dan **
Mencari tugu harapan
Suatu waktu dahulu
Lagu: Fauzi Marzuki
Lirik: Habsah Hassan
DATO' SHAKE - SEBELUM KAU (1994)
SEBELUM KAU
Kegelapan ku sendiri
Sebelum kau menghampiri
Dikala ku merintih pilu
Menjelma kau temani ku
* Tersesat di rimba
Sebelum kau bersama ku
Ku tak peduli apa lagi
Cinta ku mula bersemi
Ku lihat dibalik tirai
Menyinar kamar hati ku
Sebelum kau hadir di jiwa
Ku lemas di daratan
Ulang *
Ulang *
** Sebelum kau...
Sebelum kau...
Ulang **
Lagu: Dato' Shake
Lirik: Tapai
Rabu, 1 Ogos 2012
D.J. DAVE - LAGU KU UNTUK MU (1979)
USAH LAGI BERSEDIH
* Mengapa kau diam saja
Enggan berkata-kata
Apakah yang kau fikirkan
Hingga kau bersedih
Setiap waktu
** Ceritakanlah pada ku
Kesedihan hati mu
Aku sedia hiburkan
Dengan dendang lagu
Agar kau riang
*** Kau memang manis
Usahlah lagi
Bersedih hati
Fikiran rungsing
Lupakan saja
Hei jangan di ingat lagi
**** Pandanglah ke hari depan
Dengan sepenuh harapan
Tentu kau tak akan sedih
Bila kau sedari
Hidup bererti
Ulang * hingga ****
Lagu: S. Atan
Lirik: Haron Abdulmajid
D.J. DAVE - ANAK SIAPA [DI JALANAN] (1982)
ANAK SIAPA (DI JALANAN)
Anak siapa menangis di jalanan
Sungguh kasihan daku melihatnya
Sungguh kasihan daku melihatnya
Ku menghampirinya bertanya ke mana
Ayah dan ibu mu
Ku menghampirinya bertanya ke mana
Ayah dan ibu mu
Dengan titisan
Dengan titisan airmata
Kau memandang ke wajah ku
Dengan titisan airmata
Kau memandang ke wajah ku
Memendung rasa di hati ini
Usia yang sekecil ini
Kau menjadi yatim piatu
Usia yang sekecil ini
Kau menjadi yatim piatu
Mari hai anak pimpinlah tangan ku
Kan ku bawa kau jalan hidup baru
Mari hai anak pimpinlah tangan ku
Kan ku bawa kau jalan hidup baru
Untuk menempuh kedewasaan mu
Untuk menempuh kedewasaan mu
Anak siapa menangis di jalanan
Sungguh kasihan daku melihatnya
Sungguh kasihan daku melihatnya
Lagu: Osman Ghani
Lirik: Osman Ghani
CRK - AIRMATA CINTA (1992)
AIRMATA CINTA
Desiran sayup
Di jendela ku
Seakan suara mu
Menyusup keresahan
Ku ingin melempar perasaan
Yang masih mengharapkan
Bersatunya impian
Ku cuba membunuh cinta kita
Bersama airmata
Menafikan derita
* Makin ku cuba untuk melupakan
Kenangan mesra waktu bersama mu
Semakin rindu menikam di kalbu
Semakin dalam cinta ku pada mu
** Puas sudah airmata cinta
Meratap punahnya mahligai bahagia
Dimanakah berakhir derita
Berkurun rasanya hidup ku sengsara
Solo
Ulang * dan **
Berpasiran
Waktu yang berguguran
Tiada menjanjikan
Penawar kelukaan
Penyembuh luka ku
Lagu: Aidit Alfian
Lirik: Baba
Langgan:
Catatan (Atom)