Memaparkan catatan dengan label ben nathan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ben nathan. Papar semua catatan

Selasa, 31 Julai 2012

BEN NATHAN - UCAPAN TAK SEINDAH SAYANG (1989)



UCAPAN TAK SEINDAH SAYANG

Dinginnya air di perigi
Sedingin cinta yang kau beri
Kau gubah irama cinta ku
Menjadi alunan misteri

Nun jauh di sudut hati ku
Berhimpun resah dan rindu ku
Adakah dapat kau fahami
Ataupun kau biarkan begitu

* Ucapan tak seindah sayang
Gurauan tak semesra dulu
Igauan menjadi satu kenyataan
Hadirnya engkau disisi ku
Haruskah begini
Apakan terjadi
Diri ku...

** Adakah ini suratannya
Diri ku yang dilamun duka
Ku cari apakah silap ku
Semoga tak berulang lagi

Ulang * dan **

Semoga tak berulang lagi...

Semoga tak berulang lagi...

Lagu: Ally Noor
Lirik: Azida N.S.

Ahad, 2 Oktober 2011

BEN NATHAN – ILUSI SATU PENANTIAN (1987)



ILUSI SATU PENANTIAN

Saat ini aku rindu
Biarpun kau ada di depan ku
Saat-saat begini terluka hati ku
Ku pendamkan saja di jiwa ku

Saat ini kau dan aku
Hanya diam dan terus membisu
Sebak rasa dada ku kau buat begitu
Tahukah kau aku sayang pada mu

* Kadangkala dapat ku rasakan
Hadirnya diri ku tidak diperlukan
Rasa duka mencengkam di jiwa
Ku nanti jawapan katakanlah sayang

Hingga kini ku menanti
Jawapan mu yang tiada pasti
Apakah engkau takut untuk menyayangi
Ataupun terhadap ku kau benci

Ulang *

Ulang *

Hingga kini ku menanti
Jawapan mu yang tiada pasti
Saat-saat begini cuba kau fahami
Perasaan hati ku terhadap mu
Agar berakhir penantian ku
Agar berakhir penantian ku

Lagu: Ikhtiman Ismail
Lirik: Ikhtiman Ismail