Memaparkan catatan dengan label kumpulan harmoni. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kumpulan harmoni. Papar semua catatan
Jumaat, 19 April 2019
KUMPULAN HARMONI - BALADA SEORANG GADIS KECIL
BALADA SEORANG GADIS KECIL
Gadis kecil itu telah bertahun
Dicengkam derita
Di khemah pelarian
Yang menjanjikan dukacita
Munir tak mengenal erti hitam
Telah kering airmata
Menangisi kematian
Ayah bonda dan saudara
* Pada suatu senja langit Syatila
Menyaksikan pembunuhan
Anak kecil dan wanita
** Munir ditembak penuh luka
Tapi ajalnya belum tiba
Kerna tuhan mengasihi dia
*** Peristiwa hitam
Tujuh belas September
Telah menjadi bukti
Sempurnalah kekejaman
Suatu bangsa
Yang sombong dan hina
Ulang * hingga ***
Berapa banyak lagi
Gadis kecil tak berdosa
Akan menjadi mangsa
Kekejaman manusia?
Berapa abad lagi
Gadis kecil seperti Munir
Akan menjadi korban peperangan?
Muhammad Zubir Ali
Rabu, 13 Jun 2012
KUMPULAN HARMONI – SEWAKTU HUJAN BERBISIK (1987)
SEWAKTU HUJAN BERBISIK
* Sewaktu hujan berbisik
Dari jendela kaca
Engkaukah duhai wanita ku
Yang meniup nafas lembut
Di telinga
** Malam telah merangkak keluar
Dari jendela terbuka
Dan kau dengan secawan kopi
Mengejutkan aku
Dari mimpi-mimpi
*** Sewaktu hujan berbisik
Dari jendela kaca
Aku terasa terdengar
Suara lembut mu
**** Kau dengan kehebatan mu
Akan menemui
Segala yang kau cari
Kecuali diri mu
Kecuali diri mu
Kecuali diri mu
Ulang * hingga ****
Lagu: Zubir Ali
Puisi: Zubir Ali
Selasa, 14 Jun 2011
KUMPULAN HARMONI – PENANTIAN (1981)
PENANTIAN
* Berapa lama mesti ku nanti
Sinar cahaya mata mu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yang menutup diri ku
** Berapa lama perlu ku tunggu
Lontaran suara dari bibir mu
Memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah hati yang sepi
*** Penantian satu siksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuh ku yang kering dan layu
Kepastian satu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidup ku
Ulang * hingga ***
Lagu: Zubir Ali
Lirik: Zubir Ali
Langgan:
Catatan (Atom)