Memaparkan catatan dengan label gersang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gersang. Papar semua catatan

Jumaat, 7 September 2012

GERSANG - GERSANG (1988)



MASIH AKU TERASA

Sejenak aku dikejutkan
Bersama ombak cinta luka
Perpisahan melanda kita
Hanya kerna peristiwa itu

Kiranya takdir mengizinkan
Ingin ku kembali pada mu
Meneruskan cinta yang lalu
Kerana kau yang aku sayangi

* Akan ku simpan kenangan cinta kita
Yang tak akan terpadam selamanya
Kehangatan cinta mu masih aku terasa
Seperti baru semalam kita berpisah

Tangisan sedu dihati ku
Menahan kepedihan ini
Sendiri aku mengenangkan mu
Hanya engkau yang aku sayangi

Solo

Ulang *

Ulang *

Ulang *

Lagu: Rahim Othman
Lirik: Juwie & Azwie

GERSANG - B29 (1989)



BERSAMA SUARA HATI

Aku menyedari
Kini ketiadaan mu
Ku cuba mengerti
Mengapakah begitu
Tiada kesempatan ku mencari
Rintihan untuk menghalang kau pergi
Jauh dari ku

Berduka lara aku seharian
Ingin berbicara
Biarpun sendirian
Tiada mesti ku mahu percaya
Akhirnya aku menderita

Oh...

* Di dalam pelukkan malam
Berteman hanya suara hati
Kepiluan melanda diri
Menanyakan yang ku tak mengerti
Kesedihan menyiksa lagi
Menantikan engkau kembali
Masih terasa manisnya rasa cinta
Semasa kita bersama

Selalu berpesan
Kepada angin lalu
Minta menyatakan
Aku tetap merindu

Tangisan di jiwa ku tiada berirama
Namun hati ini bercerita

Oh...

Ulang *

Solo

** Di dalam pelukkan malam
Berteman hanya suara hati
Kepiluan melanda diri
Menanyakan yang ku tak mengerti
Kesedihan menyiksa lagi
Menantikan engkau kembali

Ulang **

Lagu: Rahim Othman
Lirik: Wan R.S.

Isnin, 22 Ogos 2011

GERSANG – GERSANG DALAM KENANGAN (1993)



SUNYI

Sunyinya malam ini
Tiada bulan tiada bintang
Hanyalah... kedengaran
Ombak di pantai
Hati ku tersusuk sayu dan pilu
Mengenangkan nasib diri
Di rantauan

Kasih di mana dikau
Masihkah ada rindu
Hati ku... seperti dulu
Jangan biar dia membeku
Mengharap cinta yang dipadu
Tak ingin ku sendiri sunyi lagi

* Oh... teman di manakah dia
Tidak kelihatan ku tertunduk malu
Bayangan mu tiada khayalan
Mu menjelma
Aku seperti dulu sunyi
Aku seperti dulu sunyi

** Sepi diri ini...
Aku sendiri lagi
Sepi diri ini...
Aku sendiri lagi

Solo

Ulang * dan **

Aku sendiri lagi
Aku sendiri lagi
Aku sendiri lagi

Lagu: Md. Noor Othman
Lirik: Azah

Rabu, 27 Julai 2011

GERSANG – TAKDIR (1988)



SURATAN TAKDIR

Kesukaran melafazkan
Pengucapan perpisahan
Kepada yang setia

Tapi terpaksa ku lakukan
Kerana ku tidak mahu
Terus berpura-pura

* Usahlah ku disalahkan
Terjadinya perpisahan ini
Itu suratan takdir
Tak terlintas di hati ini
Untuk aku jatuh cinta lagi
Tapi takdir yang menentukan

Memang pernah ku berjanji
Kau yang pertama dan terakhir
Tetapi aku memungkiri

Tidak dapat ku terima
Dua cinta di dalam hati
Maafkanlah ku sayang

Solo

Ulang * sampai habis

Lagu: Rahim Othman
Lirik: Fauzan Uda Ahmad