Memaparkan catatan dengan label ruhil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ruhil. Papar semua catatan
Selasa, 30 April 2013
RUHIL - ANAK DUNIA
BUAT ANAK DUNIA
Ingin ku nyanyikan
Sebuah harapan
Sebagai pesanan
Agar berkesan di hati mu
* Wahai anak dunia
Mari kita berdoa
Untuk sebuah dunia
Yang damai sejahtera
Walaupun kemarau
Tidur mu meracau
Bangunlah kemudian
Bersihkan hitam di kaki mu
** Wahai anak dunia
Mari kita bersama
Berkumpul bermuhibah
Lupakan beza rupa
Dimana kau ada
Bumi tetap sama
Langit biru indah
Bukankah semua milik kita
*** Wahai anak dunia
Mari kita berikrar
Esok kita membina
Dunia yang lebih sempurna
Ulang *
Ulang ** dan ***
Ulang *
**** Oh anak dunia
Ulang **** sampai habis
Lagu: Mohd. Khair
Lirik: Mohd. Khair
Selasa, 14 Ogos 2012
RAMPAISARI AIDILFITRI (1991)
TANGAN YANG MEMBERI - RUHIL
* Tangan yang memberi
Lebih baik dari yang menerima
Menolong orang
Jangan harap balasannya
Biar dengan ikhlas
Janganlah separuh hati
Tiap yang berbakti
Tuhan Maha Mengetahui
** Tangan yang memberi
Lebih baik dari yang menerima
Kesucian diri
Itulah sifat yang dipuji
Senyum dibibir
Keindahan budi bahasa
Keluhuran hati
Kita akan berbahagia
*** Sikit sama merasa
Fakir jangan dilupa
Hidup kita hanya sementara
Manusia bersaudara
Kasih sesama kita
Jauhi dari bersengketa
Ulang *
Ulang *** dan **
Lagu: M. Nasir
Lirik: Usop/ M. Nasir
Langgan:
Catatan (Atom)