Memaparkan catatan dengan label heavy machine. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label heavy machine. Papar semua catatan

Rabu, 4 Jun 2014

HEAVY MACHINE – MASIH BELUM BERAKHIR (1989)



MASIH BELUM BERAKHIR

Hanya kenangan tinggal kenangan
Pilunya hati ini ku tanggung sendiri
Pemergian mu tanpa berita
Tinggallah ku kesepian
Menanggung kerinduan

* Apakah dosa kesalahan yang ku lakukan
Hingga diri ku kau singkir terkulai layu
Tiada kata-kata yang dapat ucapkan
Tiada daya lagi untuk ku bertahan

Dimanakah kasih di mana kau oh sayang
Sehingga kini masih ku mengharapkan
Mestikah diri ku kau singkir begitu
Maafkan diri ku kerana menyintai mu
Kejamnya diri mu

Ulang *

Dimanakah kasih di mana kau oh sayang
Sehingga kini masih ku mengharapkan
Mestikah diri ku kau singkir begitu
Maafkan diri ku kerana menyintai mu

Beginilah derita secebis ku lukiskan
Suara jeritan ku
Oh… oh…
Gelombang cinta ku
Masih belum berakhir

Lagu: Olie
Lirik: Norjie Ali

HEAVY MACHINE – GELOMBANG CINTA (1988)



GELOMBANG CINTA

* Setahun telah berlalu
Sewaktu kau meninggalkan ku
Hati ku pedih disusuk sembilu

** Pemergian mu tanpa rela ku
Setiap saat ku mengenang mu
Dimanakah janji-janji mu dulu

*** Apakan daya sudah suratan
Nasib ini menghadapi gelombang
Cinta yang menghampakan
Tiada lagi
Cahaya yang menyinari hidup ku
Mungkinkah aku yang bersalah
Ataupun kau yang berpura

**** Cinta
Apakah ertinya cinta
Jika hanya kau berdusta
Tipu daya mu yang menggoda
Cinta
Apakah ertinya cinta
Hidup merana hati terluka derita

Ulang * hingga ****

Lagu: Olie & Sham
Lirik: Norjie Ali