Memaparkan catatan dengan label pelangi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pelangi. Papar semua catatan

Khamis, 5 Jun 2014

PELANGI – JAUH PERJALANAN (1989)



* Jauh perjalanan
Luas pemandangan
Bertambah pengalaman

** Ikut resmi padi
Biarpun berisi
Tidak meninggi diri

Tapi kenyataan
Di dalam kehidupan
Tak sedemikian

Ramai bagai ayam
Bertelur sebiji
Hebohnya senegeri

Jangan jadi lalang
Yang melayang-layang
Hidup tak berhaluan

Berdiri di pagar
Pagar makan padi
Siapa nanti yang rugi

Segalanya yang berlaku
Dalam pemerhatian ku
Yang baik jadi teladan
Buruk jadikan sempadan
Hidup biarlah beriman

Ulang *

Segalanya yang berlaku
Dalam pemerhatian ku
Yang baik jadi teladan
Buruk jadikan sempadan
Hidup biarlah beriman

Ulang **

Lagu: A. Ali
Lirik: Habsah Hassan

PELANGI – DARI PANCARAN (1987)



AKU JAMBATAN BUAT MU

Pada awalnya ku sangka
Berkawan saja
Akhirnya ku sedari
Kau ku sayangi

Ingin aku mengiringi
Kehidupan mu
Kerna kau bererti
Bagi diri ku

* Kau nyalakan pengharapan
Hidup masa depan
Ku membina cita-cita
Untuk hari muka

Kiranya aku jambatan
Yang menghubungkan
Tiba kau ke seberang
Ku kau lupakan

Kalau dulu segandingan
Seia sekata
Kau bertukar haluan
Tidak setia

Bila aku mengenang mu
Di dalam sepi ku
Ku terkenang pengorbanan
Yang telah ku berikan

** Rupanya aku menjadi
Batu loncatan
Bertemu yang kau hajati
Ku kau tinggalkan

Ulang * dan **

Kalau dulu segandingan
Seia sekata
Kau bertukar haluan
Tidak setia

Bila aku mengenang mu
Di dalam sepi ku
Ku terkenang pengorbanan
Yang telah ku berikan

Lagu: A. Ali
Lirik: Habsah Hassan