Memaparkan catatan dengan label raza. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label raza. Papar semua catatan
Khamis, 30 April 2020
RAZA - ZAPIN MERAJUK
ZAPIN MERAJUK
Apa diharap, apa diharap
Padi seberang
Entah berisi, entah berisi
Entahkan tidak
Apa diharap kasihnya orang
Kasihnya orang
Entahkan sudi, entahkan sudi
Entahkan tidak
Lagu zapin merajuk
Irama memujuk
Hati siapa yang keresahan
Lagu zapin merajuk
Hati siapa yang keresahan
Apa ditangguk dalam perigi
Dalam perigi
Rosaklah daun, rosaklah daun
Pucuk pegaga
* Apa dirajuk, apa dirajuk
Pada yang pergi
Lambatlah laun, lambatlah laun
Kembali juga
** Lagu zapin merajuk
Irama memujuk
Hati siapa yang keresahan
*** Air ku minum, air ku minum
Terasa pahit
Nasi ku suap, nasi ku suap
Tidaklah kenyang
**** Dunia bagi ku, dunia bagi ku
Semakin sempit
Hanya mengenang, hanya mengenang
Engkau seorang
Ulang * hingga ****
Lagu zapin merajuk
Irama memujuk
Hati siapa yang keresahan
Lagu: Shah Effendi/ Rosli
Lirik: Shah Effendi/ Rosli
Isnin, 8 Oktober 2012
RAZA - WAJAH (1994)
WAJAH
Ku terbayang
Indah wajah wangi
Seharum kasturi
Pohon cinta yang ku lalui
Menjadi usang kerana diri mu
Ku terkenang
Pada kisah sedih
Tinggalnya misteri
Berkuburnya di hati ini
Impian nan lalu menjadi keruh
Hanya tinggal janji
Di hati sedih
Hanya tinggal kini
Sekubur impian
Yang telah berlalu
* Ku masih merindukan
Hadirnya diri mu
Di dalam pelukan ku selalu
** Mungkinkah
Adakah ini suratannya
Pastikah
Berakhirnya cinta
Yang telah dibina sekian lama
Ku merindui mu dalam ketabahan
Hanya kini
Tinggal janji manis selama-lamanya
Yang tersurat dan tersirat
Yang pasti berfantasi di dalam diri ini
Hanya tinggal janji
Di hati sedih
Hanya tinggal kini
Sekubur impian
Yang berlalu
Ulang * hingga **
*** Mungkinkah
Adakah ini suratannya
Pastikah
Berakhirnya cinta
Yang telah dibina sekian lama
Ulang *** sampai habis
Lagu: Rosli Selasih
Lirik: Rosli Selasih
ANTARA KITA
Antara kita
Tiada lagi merahsiakan
Kisah cinta suka dan duka
Yang kita cipta
* Antara kita
Tiada lagi berbeza
Cuma dia lebih mengerti
Betapa suci cinta ku
** Engkau dan aku pun berpadu
Genggam rindu sejak bertemu
Dan hati merayu
*** Tiada yang memisahkan
Antara kita berdua
Hanyalah yang maha esa
Penentu segala-segalanya
Antara kita...
Ulang * hingga ***
Tiada siapa menduga
Antara kita berdua
Selama bercinta di dunia
Sentiasa digoda asmara
Antara kita...
Lagu: Rosli Selasih
Lirik: Zaini Zaa
Langgan:
Catatan (Atom)