Memaparkan catatan dengan label nizam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nizam. Papar semua catatan

Jumaat, 19 April 2019

NIZAM - YANG TERNODA AKHIRNYA



WAJAH MISTIKAL

Bagai panah menerjah
Tertusuk pedih memilu
Mengalir darah membeku
Di dalam kalbu…

Bagaikan halilintar
Membelahi…
Alam terdiam terpaku
Tiada suara sendu…

Begitu kau memnugkiri
Lafaz cinta yang pertama…
Bersama meredah rimba
Onak dan duri

Dan kini entah di mana
Janji setia…
Curang jua kau di sana
Mengejar bayangan duka

Apa mahumu yang begitu
Lemas dibuai irama syahdu
Harga diri telah tak kau peduli
Apa lagi janji
Hilang tak kembali…

Hampa jua yang ku rasa
Tiada indah bicara
Andai ku tahu begitu
Takkan ku rindu kau selalu

Mahligai impian kau musnahkan
Pelamin diawangan takkan hiraukan
Bulan madu yang ku rindu
Hilang bersama dosamu…

Buatlah apa mahumu
Hingga terlena dalam lesu
Kan ku simpan cinta yang tak
Kesampaian
Hingga akhirnya…

Lagu: Awang B.P.R
Lirik: Boy P.J.

Ahad, 29 Julai 2012

NIZAM - SEGENGGAM HARAPAN (1991)



RETAK SEJUTA JANJI

Apakah erti cinta yang kau agungkan
Sedangkan kau sering memungkiri
Setelah kau tahu tak punya apa
Sekadar cinta suci

Bukannya seribu bukan sejuta
Kasih ku tiada ukurannya
Sesekali aku memberi
Ku genggam sehingga akhir hayat ku

Kemarau kasih mu pada ku
Semakin membara
Bagaikan pendita kehabisan tintanya
Cuma titis keringat meneruskan pena ku
Walaupun kabur dipandangan
Demi cinta ku rela

Sampaikah hati mu oh sayang
Kau musnahkan harapan ku
Gugur satu persatu
Segala janji mu
Yang kau berikan
Oh...

Tinggallah kenangan abadi
Walau retak sejuta
Janji yang berbunga
Untuk ku himpunkan
Dalam memori hidup ku

Bukannya seribu bukan sejuta

Ku genggam sehingga akhir hayat ku
Sehingga akhir hayat ku...

Lagu: Aris Ariwatan
Lirik: Azam Dungun